suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, May 09, 2011

Bila nak bagi meletup??!!

Setiap individu membawa bersama-sama dalam dirinya sebutir bom jangka. Sekali sekala masyarakat dikejutkan oleh bom jangka yang sudah sampai masa untuk meletup. Masyarakat menganggapnya sebagai satu kejadian yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Peristiwa yang mengejutkan itu diperkatakan beberapa ketika kemudian dilupakan. Masyarakat lupa bahawa banyak lagi bom yang belum meletup.

Tuan punya bom yang sudah meletup itu mungkin memiliki beberapa biji lagi bom yang belum diletupkan. Dia dibiarkan bebas bergerak di dalam masyarakat dengan membawa bom-bom yang masih aktif ini.



Bom individu mempunyai kekuatan yang berbeza-beza dalam menggoncangkan masyarakat. Ada yang lemah dan ada yang kuat.

Seorang suami yang memikul isterinya hanya menggoncangkan keluarganya dan mungkin juga jirannya. Seorang petani di sebuah kampung yang menetak seekor kerbau yang memakan tanamannya boleh menggemparkan kampungnya dan mungkin juga kampung yang berhampiran. Seorang askar yang mengamuk di Chow Kit Road dengan menggunakan ‘machine gun’ mencemaskan Seluruh negara. Begitulah kekuatan bom-bom individu yang berbeza-beza. Bom-bom individu boleh bergabung untuk menghasilkan tenaga yang lebih kuat. Satu kumpulan orang awam yang bertempur dengan pihak polis di Kampung Memali menggemparkan Seluruh negara, begitu juga dengan peristiwa di Kg.Medan. Peristiwa 13 Mei 1969 menakutkan seluruh rakyat dan menarik perhatian dunia.


Peristiwa Memali dan peristiwa di Kg.Medan sudahpun tamat. Peristiwa 13 Mei sudahpun tamat dan sudah dilupakan, tetapi bom-bom jangka ini masih banyak yang sedang aktif dan masih banyak terdapat disana-sini dan hanya menanti,menunggu masa yang sesuai untuk meletup atau diletupkan. 


dollah yankee -
Bom-bom jangka ini hanya akan diletupkan pada PRU-13

1 comment:

  1. Bom gua meletup setiap kali PRU.., yang terakhir berjaya memusnahkan Shah Alam/Selangor hehehehe...

    ReplyDelete