suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, May 08, 2011

Agama pula disepak terajang...

Politik Malaysia sekarang ini macam BARA API daa.. Jika digenggam terlalu erat ia akan melecurkan tangan, tetapi jangan pula cuba nak tiup kerana mahu memadamkannya, kerana semakin ditiup semakin marak lah ia akan membakar dan boleh membinasakan diri dan persekitaran.

Perkataan BARA API adalah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan politik Malaysia hari ini.

Politik itu kuasa yang mencengkam, kerana itu, jika kita menggenggamnya terlalu erat ia akan membinasakan diri, kerana manusia menjadi alpa dan rakus apabila berkuasa. Apabila itu berlaku, nescaya azab Allah yang sangat pedih sedang menanti.

Tetapi, politik itu tidak boleh dielak dan dipadam dalam kamus kehidupan kita semua walaupun untuk seketika dengan alasan kini bukan masa untuk berpolitik kerana ia adalah sebahagian dari aspek kehidupan. Jika diabai dan ditinggalkan politik, maka hancur individu, keluarga dan masyarakat kerana fungsi sebenar politik adalah untuk menjaga keharmonian hidup dan mentadbir masyarakat berteraskan ‘aqidah yang tulen dan unggul. 

Olih kerana politik Malaysia hari ini dipimpin olih golongan yang bila kencing pun tak teringat nak basuh, apa tah lagi mereka yang tak paham langsung tentang  agama, Al-Quran dan Hadith yang wajar menjadi sumber perlembagaan, maka gurkah-gurkah politik di'port' percaya  umat islam di Malaysia kita ini akan hancur.

Agama bukan satu mainan politik yang boleh diguna sebagai umpan untuk memancing undi. Agama adalah dasar kepada politik. Setiap parti politik yang terdiri dari orang Islam wajib MENGAMALKAN AGAMA DALAM POLITIK, BUKAN MEMPERGUNAKAN AGAMA UNTUK POLITIK. Apabila pemimpin mempergunakan agama untuk kepentingan politik pelbagai perkara buruk pasti akan terjadi... tunggu dan tengok saja lahhh ...


dollah yankee -
gurkah-gurkah politik di'port' dah pernah berparang kerana politik agama di Kg.Rawa, kalau Anwar Ibrahim tak jadi pendamai.. tak tau lah apa nak jadi..!!

No comments:

Post a Comment