suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, April 10, 2011

Sorry Mr.Anwar Ibrahim! No break, you must go on!!!


Awal pagi semalam salah seorang sahabat gurkah-gurkah politik di'port' yang sudah jadi orang Sibu, Sarawak sejak tujuh lapan tahun dulu telah ter'jeremoh' (kata orang utara) dengan Anwar Ibrahim.

"Bila gua tengok Anwar, gua dapat rasa betapa Anwar pada waktu ini sedang menghadapi saat-saat getir dan pelbagai dugaan yang cukup hebat"- bunyi sms dari sahabat ini.

Sahabat ini kata pada masa ini dapat dia rasa yang Anwar benar-benar memerlukan "some down time". Serangan atau cubaan membunuh karektor Anwar yang dibuat umno/BN dalam isu klip video aksi seks telah membuatkan dia cukup-cukup tercedera terutamanya selepas aksi dari klip video itu telah dimuat turun dalam internet untuk orang ramai tengok.

Sampai pagi ini, kalau disebelah sini, pergi lah mana pun kedai kopi terutamanya, market, surau dan mesjid, bab pelakun yang memang mirip Anwar dalam aksi seks video klip itu yang sedang salin seluar dan pakai tuala putih tu saja yang orang asyik dok bercakap.

Memang berkesan sungguh strategi serangan umno/BN terhadap Anwar sekali ini.

Wajah Anwar jelas menunjukan yang dia cukup-cukup stress dan tertekan dengan serangan ini. Kawan ini juga dapat lihat perbezaan Anwar dengan sangat jelas.

Ada ketika kawan gurkah-gurkah ini dapat tangkap dengan jelas wajah Anwar yang begitu tegang kerana kerisauan dan keletihan dan terlalu banyak berfikir, ditambah pula dengan misai dan janggutnya yang sudah banyak dan penuh dengan 'uban'.

Dapat diandaikan yang Anwar sudah hilang berat badan dalam tiga empat kilo disebabkan serangan isu klip video ini dan juga kesibukannya kerana perjuangan untuk rakyat pada pilihanraya negeri Sarawak ini. Dan kalau dia boleh tunjuk perut dia macam mana dia tunjuk dekat 'press' seminggu dua yang dulu kata dia tak boroi, sahabat gurkah-gurkah politik ini kata perut dah lagi nipis dan lagi 'kempihh'.

dollah yankee -
Anwar nie...dia macam Hitler, macam Sukarno sebab ucapan dia boleh bagi semua orang ternga-nga. Macam Hitler, kalau dia bercakap... yang tak tau apa benda yang dia cakap pun orang boleh nga-nga.

1 comment:

  1. i respect him as a person and a great leader.....no one come close, a gentleman in all aspect......

    ReplyDelete