suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, April 18, 2011

Sarawak: Kita tengok masa PRU pulak!

Nasib baik Najib tu seorang PM, Taib Mahmud kena ada sikit 'respect'lah dekat dia, dan kalau boleh, ini Taib Mahmud nak kata dekat Najib .. "woitt..! lu mau main sama saya ka??!,lu budak kicik laa..!".

Gurkah-gurkah politik di'port' yakin sangat-sangat yang Najib cukup-cukup 'merekam' dan 'terbakaq perut' dekat Taib ni sebab tiga empat kali sudah kena main dengan Taib sejak dari pengumuman tarikh bubar DUN, senarai nama calun yang nak bertanding, dan masa dalam kempen tengah 'hangat'.

Mula-mula masa persidangan akhbar nak umum senarai calun-calun dari Barisan Nasional untuk pilihanraya Sawarak. Najib dok perasan yang sebagai 'Chairman' Barisan Nasional dia lah orang yang berhak patut umum benda tu (dan 'tok bomo' Taib pula kata yang nama Taib mungkin Najib tak akan sebut, sebab Najib nak 'pariayap' Taib, jadi..), tapi ini Taib Mahmud lagi cekap daa..orang lamaaa.. 'Flight' Najib 'take off 'saja dari Kuala Lumpur, di Kucing,Sarawak Taib sudah cepat-cepat umum dan keluarkan senarai nama-nama calun kepada 'press' dan terus belah!. Najib sampai di Kucing, ternga-nga dia! dapat berita yang sidang akhbar untuk itu dah habis.

Sebelum tu, masa kempen. Bila Najib kata Taib akan undur... tapi Taib pula balas kata lambat lagiiii brooo!....Kelmarin dulu pula, lagi sekali ini Taib Mahmud sudah main sama Najib. Sekali ini bila Taib Mahmud sudah cepat-cepat jumpa Gabenur dan angkat sumpah sebagai KM di-tengah malam sebaik saja keputusan resmi kata BN dapat dua per tiga majoriti. 

Cerita lain sebelum angkat sumpah itu pula ialah, semasa sidang akhbar Mahyudin selepas diumumkan yang BN telah berjaya memperolehi majoriti dua per tiga dan boleh bentuk kerajaan baru, Taib dilihat tak senang duduk, macam kucing nak beranak, menggelisah. Dua tiga minit sekali, Taib dok tengok jam, sekejab-sekejab tengok jam, ingatkan pasal nak balik rumah nak 'celebrate' kemenangan itu dengan bini yang jambu tu...
(aku kalau dapat bini jambu macam tuu..ayaq garenti selalu 'pukui' kepala),
...rupa-rupa nya Taib gelisah dan resah bukan sebab apa, sebab dia sudah rancang awal, siapa pun tak tau, yang dia mahu ke rumah Gabenur nak angkat sumpah sebagai Ketua Menteri penggal yang baru malam tu juga.

Punya kelam kabut Taib nak jumpa gabenur Sarawak dan nak angkat sumpah, sebab dia sudah dapat tahu yang Najib nak 'kona' dia, Najib nak letak orang lain jadi KM ... tahu kah anda yang semasa Taib angkat sumpah ini, baju melayu punya 'smart' dengan kasut hitam berkilat, tapi dia tak pakai stoking sebab kelam kabut dan sebab nak cepat-cepat nak angkat sumpah sampaikan tak ada stoking pun tak peduli lagi dah, tak kisah dah. Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Apa-apa hal pun persidangan DUN Sarawak sekali ini tak akan jadi macam dulu lagi walaupun hanya ada 16 orang pembangkang disana sebab ini 16 orang yang ada, setengah calun yang dah dipilih itu semuanya cukup-cukup 'berhantu'.

Well ... Good-Luck comrad!!!

No comments:

Post a Comment