suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, April 30, 2011

Misbun Sidek,gantung raket 'join' PAS

Semua orang sudah tahu tentang keputusan Misbun Sidek yang telah pun menggantungkan raketnya. Gurkah-gurkah politik di'port' tahu sangat akan sifat Misbun yang merupakan seorang yang cukup sentimental dan cukup sensitif.

Kerana sifat itu juga lah dia telah membuat keputusan itu, dan dengan keputusan dari jaguh badminton ini, maka berakhirlah sudah satu perwatakan yang cukup 'colourful' dan cukup kontroversi karier Misbun sebagai pemain dan jurulatih badminton negara.

Chong Wei, Rashid, Hafiz, Roslim ada lah antara pemain-pemain negara yang telah mencipta nama dalam kejohanan-kejohanan yang disertai mereka ketika mereka ini semua dibawah bimbingan Misbun.

Gurkah-gurkah politik di'port' tertanya-tanya juga, apa yang Misbun nak buat selepas gantung raket ini? Kalau tak tau nak buat apa-apa, gurkah-gurkah ini nak sarankan kepada Misbun supaya ..."meh!jom! join PAS..".

P.S - Saja bagi gempaq sikit tajuk posting ini..Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
Ini Misbun kalau 'join' PAS, mesti hangat punya lahh..!!!

4 comments:

  1. Kita bagi Misbun lawan dengan Khir Toyo dalam PRU 13 kalau dia masuk Pakatan la... Jika Misbun menang dan Pakatan Menang dalam PRU 13,kita lantik dia jadi Presiden BAM... setuju Ka?

    ReplyDelete
  2. Cantikkk...cantikkk..
    Kah..Kah..Kah..

    ReplyDelete
  3. Kalau Misbun masuk PAS tak gempak mana, tapi kalau adik ipar dia masuk, MEMANG GEMPAQ gila (anu dalam botol)

    ReplyDelete
  4. ternyanta benar ramalanmu Misbu Sidek sudah join PAS...Takbir https://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan/303331692311

    ReplyDelete