suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, April 12, 2011

Kesinambungan dari TukarTiub: Tanda-tanda dan alamat

Gurkah-gurkah politik di'port' cukup-cukup bertuah sebab walaupun tak ada di sana (sarawak) namun gurkah-gurkah ini sentiasa mendapat 'update' berita-berita tentang kempen pilihanraya negeri dari sahabat-sahabat yang tinggal disana...

"Susah juga Datuk ...
'tiga jahanam' ni punya pasal yang buat ceramah dekat titi Batu Kawah jalan semua sudah start jam sejak pukul 6 petang lagi. Pergerakan kereta pula 'bumper to bumper' sampai dekat-dekat 7 jam laa juga.
Oranggg..ramaiiii, ada laa dalam 6-7 ribu orang, dari mana depa ni semua mai pun tak tau, sampai ada yang terpaksa letak kereta punya jauh dan terpaksa berjalan kaki dekat-dekat 1 jam untuk sampai tempat ceramah.
Lim Guan Eng pun nak motor mai! pukul 9.
Depa (PR) janji nak bagi dekat orang-orang tua sorang 600 kalau PR boleh hambat Taib dan BN keluar. Tahun depan kalau Anwar boleh jadi PM (kalau PR boleh bentuk kerajaan), 600 akan tambah jadi 1000 sorang tiap-tiap tahun". **Laporan dari seorang gurkah politik untuk umno yang melapurkan keadaan semasa di Sarawak pada boss dia pada ceramah PR semalam di Batu Kawah.

" Saya rasa sokongan rakyat dekat kita (BN) dah tak berapa nak kejab. Kita semua kena 'double-up' kerja-kerja kita. Ini pilihanraya sekali ni bukan macam dulu lagi, 'we are facing a very very very strong competition here'.
Boss nombor 1 dengan nombor 2 kita pun sudah mula merungut berapa lama lagi dia nak kena pusing Sarawak? dan saya rasa dia pun dah bengang sangat-sangat pasal dia rasa dia kena duduk disini (Sarawak) lagi, sebab dia kata kalau dia balik KL sekarang, silap haribulan ini Sarawak boleh terlepas.
OKKK..?? Now go to work !!!". ** ini pula arahan dari dalam pusat gerakan utama pengarah pilihanraya negeri Sarawak kepada pegawai-pegawai mereka. 


dollah yankee -
Taib Mahud kata.. "siapa kata aku mau undur? memang aku mau undur,tapi bukan sekarang, lagi 3-4 tahun" Kah..Kah..Kah.. (bukan aku yang gelak tapi Taib yang gelak)
Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment