suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, March 10, 2011

Tu diaaa..sekali rembat 20 juta !

Tu diaaa aihhh...kawan yang tolong bercakap(lobi) dengan menteri suruh minta projek,upah dia saja 20 juta. Maknanya dia setengah,menteri tu setengah laa... sorang 10 million.

"You kenai baik dengan menteri kan? Suruh dia minta projek tu, i dah buat culculation dah, you boleh bawa mai offer letter tu, i boleh bagi kat you 20 million." Macam tu lah kot bunyi...

Patut pun Tun Dollah kansel 'jambatan bengkok', sebab yang dapat projek tu kroni orang lain.

Kah..Kah..Kah..


Witness:Megat Junid gave contract letter to 'friend'.
Antara lain saksi itu berkata.. "dia begitu gembira bila Megat Junid menyerahkan kepadanya surat tawaran daripada Unit Perancang Ekonomi itu".

Nota: Kes ini sedang berjalan kelmarin di High Court KL.
Seorang bisnesman Datuk Shazryl Eskay Abdullah sudah 'sue' Syarikat Merong Mahawangsa Sdn.Bhd.,Pengarah Eksekutifnya dan pemegang saham utama syarikat itu Datuk Yahya A Jalil sebanyak 2o juta ringgit dan lain-lain kos yang wajar, sebab dia sudah janji nak bayar 20 juta jika mamat ini (Datuk Shazryl) berjaya melobi projek itu, dan mamat ini sudah guna Megat Junid sebagai kabel.

Surat dapat, projek pun jalan tapi haram lima duit pun Datuk Ya ni tak bagi dekat dia.

1 comment:

  1. Malaysia ni sebenarnya sudah lama maju kalau tidak disebabkan adanya benda-benda macam ni.Vietnam negara perang yang dahulunya musnah dan tamat perang sekarang bangun dengan begitu pantas,meninggalkan kita.Begitu juga dengan Laos,Kemboja walau pun tenteranya masih berselipar namun ekonominya pantas bergerak.Sepatutnya kita merasa malu dengan Singapura yang terkehadapan dan janganlah kita marah apabila pemimpinnya boleh mempersendakan kita disebabkan kelakuan pemimpin-pemimpin kita masa kini.Tak tahulah apa nak jadi dengan negara kita ni,terjaminkah anak cucu kita untuk menjadi warganegara Malaysia pada masa akan datang.Cuba kita buka mata,lihat sekeliling, dimana anak cucu kita hendak mencari rezeki.Semuanya dah dibolot oleh orang luar,tolonglah buka mata,wahai pemimpin-pemimpin negaraku.Tengoklah pasar-pasar malam,pekan-pekan sehari dan digerai-gerai majlis Tempatan,siapakah sekarang ini yang menguasainya.Janganlah terlampau nak jaga kuasa kita sewenang-wenangnya menyerahkan kewarganegaraan kepada orang luar.Nanti menangis tak berlagu.Waktu meraung macam mana pun tak berguna lagi.

    ReplyDelete