suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, March 01, 2011

PRK Kerdau: Calun PAS serang kem BN

Hanya dia satu orang yang bewarna hijau didalam ribuan orang yang bewarna biru.

Itu yang boleh digambarkan bila calun pilihanraya kecil PAS kerusi Kerdau, Hasanudin Salim yang terpaksa berdepan dengan dua ke tiga ribu orang penyokong-penyokong tegar BN pada satu majlis kenduri kahwin yang dihadiri dalam satu kampong di sana.

Di keliling rumah kenduri atau rumah pengantin telah dihias dan dipenuhi dengan bendera-bendera cap kati dan tema pada majlis kahwin ini juga nampak seperti warna biru bila pelamin, pakaian dan apa juga hiasan pada majlis itu semuanya bewarna biru.

Bagi calun PAS Hasanudin Salim, itu tidak sedikitpun menggoncang semangat juang beliau sebagai seorang ahli politik bila dia disambut olih tuan rumah kenduri, dia kemudian berlegar-legar berjumpa dan bersalaman dengan tetamu-tetamu yang hadir, kemudian 'pekena' dua tiga pinggan nasi minyak dan tak putus-putus sebelah tanganya bersalaman dengan tetamu yang datang ke meja nya dan sebelah lagi sedang menyuap nasi kemulut dan sebelum beredar telah berjumpa dengan pasangan pengantin untuk mengucapkan tahniah sambil membisikan ketelinga pengantin "Jangan lupa pangkah bulan".

Calun ini anak tempatan Kerdau dan semua orang kenal dengan dia, malah setengah daripada tetamu yang hadir pada majlis itu ditegur dan disapanya dengan memanggil nama mereka.



dollah yankee -
Steady lah YB !

No comments:

Post a Comment