suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, March 16, 2011

Pilihanraya negeri Sarawak 16hb April??


Berapa lama orang-orang di Sarawak mau tunggu daaa...?? Dah berbulan-bulan... bila tanya dia kata.. tak ada ilham lagi, bila tanya.. tak dapat inspirasi lagi, bila tanya lagi.. dia kata tunggu nak pergi buat haji dulu, nak minta pertunjuk nak minta doa depan Kaabah.

Itu bulan November 2010 dulu. Lepas balik dari Mekah ditanya lagi bila?? Dia kata doa dia tak dimakbulkan lagi, nak makbul macam mana? kalau dah rakyat Sarawak pun meluat apa tah lagi Allah SWT?

Akibat tak boleh tahan jadi penunggu, rakan-rakan Taib dalam komponen BN telah bermesyuarat secara rahsia dan diam-diam tanpa pengetahuan Taib dan telah bersetuju dengan tarikh yang diusulkan iaitu pembubaran dewan undangan negeri pada 26hb Mac, penamaan calon pada 8hb April manakala hari mengundi ialah 16hb. Dan rakan-rakan Taib ini juga telah mendesak Taib agar bersetuju dengan tarikh-tarikh yang telah dipersetujui itu.

Secara dasarnya Taib Mahmud telah bersetuju setelah 'di-cekik' oleh rakan-rakannya, namun begitu bila Taib Mahmud cuba mendapatkan nasihat dari 'panel tok bomo'nya ia telah diberitahu yang pilihanraya negeri yang bakal berlangsung nanti merupakan pilihanraya yang paling mencabar disepanjang 30 tahun beliau berkuasa, jadi sebelum dia berjumpa dengan Gabenor sarawak untuk memberitahu perkara dan tarikh ini dia kata dia nak ke Mekah sekali lagi untuk buat umrah dan sekali lagi nak minta pertunjuk dan nak minta doa depan Kaabah pada 20hb Mac ini sama ada dia boleh mendapat mandat lagi sekali atau tidak.


dollah yankee -
Respek lah selera si-Taib mahmud ini...

No comments:

Post a Comment