suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, March 22, 2011

Nasib baik boroi! Kalau tidak..!

Nasib baik kawan pelakun dalam video tu perut boroi, kalau tidak susah juga laa nak bertepis ...

Bukan saja terkejut tapi sampai ternga-nga mulut mulut gurkah-gurkah politik di'port'... kalau nak kira ... memang berjaya telah tarik perhatian rakyat dan buatkan berita tentang video seks Anwar ini juga telah membuatkan lain-lain benda dan perkara yang diperkatakan akan dilupakan sejenak.

Kelmarin, hari ini, esok, lusa, tulat, sampai lagi tiga minggu pun lain-lain cerita serta isu-isu akan dilupakan sementara. Semua mata dan telinga akan tertumpu pada kisah video ini.

Lapan hari kempen pada pilihanraya negeri Sarawak pun sudah semestinya akan menjadikan kes ini sebagai bahan utama kempen bagi mereka dan dijamin akan mendapat perhatian dari orang-orang dari bandaraya Kucing sampailah ke rumah-rumah panjang disana, sebab tok-tok batin, orang-orang asli yang duduk dalam hutan pun kalau bab-bab cipap, konek, bab bab kong-kek dan bab-bab 'kote keraih' ni ... jangan kata mereka, bahkan gurkah-gurkah politik di'port' pun akan cukup seronok.

Itu yang mereka cukup harap-harapkan, itu yang mereka mahukan...

Sama ada video itu betul atau tidak belakang kira. Yang penting umpan dah mengena dan mereka sedikit sebanyak telah berjaya mengoncang sehinggakan PAS melalui Harun Taib telah mengeluarkan kenyataan akan menilai semula hubungan mereka dengan Anwar jika video itu benar.

Gelak mereka bertambah rancak bila chegu bard pun sama naik telah kata yang Anwar kena turun jika sahih dia adalah aktor dalam video itu.

Pembunuhan terancang ini awal-awal lagi sudah nampak nak jadi macam 'senjata sudah makan tuan'...

Kita tunggu sajalah ...

dollah yankee -
yang paling seronok tentulah Zul Nordin Kulim
..Kah..Kah..Kah..

5 comments:

  1. Patutlah DSAI diukur habis oleh doktor semasa beliau ditahan. Rupanya nak cari pelakon yang betul-betul mirip macam dia. Apa boleh buat pelakon itu terlalu kuat makan sampai boroi perutnya.

    ReplyDelete
  2. anon..
    saya kuat encik..saya boleh jadi Hang Tuah sebab sekali makan 3 pinggan.. Kah..Kah..Kah..

    ReplyDelete
  3. aik..yb zul pulak yg suke? apesal ye? en.dollah ni percaya kat fakta mana satu? "sy tengah ber'twitter' ye? :)

    ReplyDelete
  4. Zul Kulim tu kalau di offer jadi pelakon video tentu setujukan? Mamat ni suka percaya benda-benda fitnah. Maklumlah dah satu kapal dengan Chua Soi Lek dan Rahim Tamby Chik!!!

    ReplyDelete
  5. Projek 1 Monggolia untuk menghalang jentera pimpinan Pakatan berkempen di PRU Sarawak!!! Zul Kulim , penasihat utama video seks. Lu caya ya zul....

    ReplyDelete