suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, March 12, 2011

Ini pun boleh dikategorikan sebagai 'Amaran Tsunami'

Berjuta ikan mati...
ini di pantai di sebelah Amerika Syarikat sana tiga empat hari yang lepas...
Manakala di sekitar Pantai Bersih,Bagan Ajam Butterworth suasana yang sama juga telah berlaku bila beribu-ribu ekor telah dijumpai mati minggu lepas.

Sembilang, gelama, todak, bawal, kerapu singa, kertang dan ikan lembu antara yang terdampar. Kejadian ini telah mengingatkan gurkah-gurkah politik di'port' kepada tragedi yang berlaku ada 'Hari Bertumbuk'?? Boxing Day daa ... pada 26 disember tahun 2004 bila tsunami telah melanda beberapa negara Asean, Penang juga tidak terkecuali.

Sebelum kejadian itu beribu-ribu ekor ikan-ikan telah timbul dan terdampar kepantai.


dollah yankee -
Gempa bumi, tsunami, gunung berapi yang meletus, manusia mati beramai-ramai, masjid-masjid yang besar-besar dan indah tapi saf jemaah hanya dua barisan... begitu MEMBIMBANGKAN gurkah-gurkah politik di'port'.

No comments:

Post a Comment