suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, March 02, 2011

Buku Jingga mula bagi Najib pening!

Gurkah-gurkah politik di'port' kata yang ramai rakyat bawahan tahu tentang 'buku jingga' yang telah dilancarkan oleh Pakatan Rakyat, tetapi masih tidak berpeluang untuk membaca dan memahami kandungan dan agenda Pakatan Rakyat itu jika berjaya menawan Putrajaya, kerana difahamkan yang 'buku jingga' itu tak semua tempat dah sampai untuk diedarkan kepada rakyat bawahan.

Bagi rakyat yang tinggal dibandar-bandar besar,mereka dah pun baca buku itu, dan akibat rakyat dah terpesona dengan rancangan Pakatan Rakyat selepas 100 hari memerintah seperti yang dicatat dalam buku itu lah yang telah membuatkan Najib dan Mahyudin sekarang ni tengah penin.

Dan sebab buku jingga itu juga yang membuatkan Najib dan Mahyudin telah membuat perancangan untuk turun buat 'road-show' seluruh Malaya bagi meng'counter-attack' janji-janji kepada rakyat yang ada dalam buku jingga.

Sebab buku jingga itu yang telah menjanjikan polisi dan dasar yang dilihat begitu rasional merangkumi ekonomi dan keadilan sosial dan sebab Najib dan Mahyudin telah mula nampak yang tidak ada sebarang implikasi yang negatif jika apa yang ada dalam buku itu dilaksanakan kelak, serta setelah menerima lapuran-lapuran perisikan mengatakan yang buku jingga itu telah mula mendapat tempat dalam hati rakyat, maka tiada lain jalan bagi mereka melainkan terpaksa turun kebawah untuk memikirkan apa benda lain yang nak 'bodoh'kan rakyat.


dollah yankee -
Pun baru baca kelmarin dulu.

1 comment:

  1. tpm pesan tak payah baca tak pa....pening222 lagi la org nak baca.

    ReplyDelete