suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, March 11, 2011

Anak-anak melayu terus dibunuh

Alamatnya bila anak-anak melayu (bangsa kita) yang tak ada kerja (menganggur), bila dah terlalu banyak masa sebab menganggur, dah tak tau nak buat apa, maka merempitlah mereka atau mereka akan buat benda-benda yang merepet untuk mengisi masa-masa mereka yang membosankan.

Nak belajar? Tak boleh sebab gagal peperiksaan. Nak kerja? Pun tak boleh sebab semua peluang untuk kerja-kerja yang sesuai dengan kelulusan mereka telah tiada sebab telah diambil alih oleh warga-warga asing yang berlambak-lambak, yang halal ada yang haram pun ada.

Pasal apa boleh jadi macam ni?? Sebabnya ialah kerajaan (BNlah..siapa lagi??!!) akan terus melanjutkan permit perkhidmatan pekerja-pekerja warga asing yang sudah pun menamatkan lima tahun permit mereka kepada tambahan lagi lima tahun untuk semua sektor. Maknanya permit mereka akan jadi sepuluh tahun.

*Bila sudah lebih 10 tahun, dah boleh layak minta taraf penduduk tetap ...
Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Kalau anak-anak melayu nak minta kerja...dikilang-kilang contohnya, mereka akan diberi macam-macam 'IQ Test', tapi bila segala Myanmar,Nepali,Cambodia,Vietnam yang dibawa masuk, tak gaduh pula nak ber 'test-test'.



1 comment:

  1. Tepat sekali diskriminasi warga Malaysia dengan warga luar untuk bekerja di tanahair sendiri.

    ReplyDelete