suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, February 08, 2011

Muhyidin marah Guan Eng sebab tolong banyak kontraktor melayu!

Muhyidin Yasin: Boss..jgn marah apa kita cakap,pasal ini cari makan punya cakap!
Guan Eng: Tidak apa..tidak apa..Kah..Kah..Kah..
Gurkah-gurkah politik di'port' kalau bab nak 'mentekedarah buta' memang tak lepas peluang punya. Kelmarin dulu telah ke rumah terbuka tahun baru cina anjuran BN dengan tetamu kehormat mereka ialah Mat Sembab (bukan aku kata..Tukar Tiub yang kata) dan tetamu undangan ialah Lim Guan Eng.

Macam biasa lah..sebelum acara 'mencekik' tentu lah ada acara ucap-ucapan, dan dalam ucapan itu Mat Sembab ini dengan nada yang marah dan keras telah 'warning' Guan Eng supaya berlaku ADIL kepada semua bangsa dalam hal memberikan peluang-peluang berniaga.

Punca kemarahan Mat Sembab ini ialah sebab Guan Eng hanya tolong kontraktor-kontraktor melayu saja, bangsa lain, bangsa dia sendiri dia tak berapa nak ambil 'pot' sangat, dia lebih pentingkan kontraktor melayu. Maka keluarlah kalam ' BE FAIR to EVERYONE,REGARDLESS of RACE'.

Macam mana Mahyudin tak marah!, sebelum ini ramai kontraktor melayu di Penang ni selalu guna 'kabel politik' untuk dapatkan tender dan kerja-kerja di-sini, ramai yang datang dengan 'kabel' tu jumpa dia lobi minta kerja (tapi dia tak bagi pun,bukan aku kata..tapi kontraktor-kontraktor tu yang kata!) tetapi sejak kebelakangan sudah ramai kontraktor melayu ini sudah tak pergi jumpa dia lagi dan yang buat Muhyidin marah lagi sebab kontraktor-kontraktor melayu ini telah mula menyokong pentadbiran Guan Eng kerana Guan Eng telah berjaya mengajar kontraktor-kontraktor melayu ini untuk berdikari tanpa tongkat,tanpa bantuan,tanpa 'kabel politik', dengan memperkenal dasar 'open tender' melalui sistem online dimana bila anda bagus, bila anda baik, bila anda berkualiti, bila anda mempunyai 'standard' tinggi, bila anda pandai dari segi kos maka anda pasti dapat kerja tu.

Oleh kerana dah tak boleh tahan nak berebut-rebut kerja dengan lain-lain kontraktor melayu yang bawa 'kabel politik sebesar peha' bila pergi jumpa Muhyidin, maka mereka ini terpaksa belajar berdikari menjadi seorang kontraktor sehinggalah mereka kini sudah pandai dan sudah mampu bersaing dengan kontraktor-kontraktor bukan melayu dalam mencari kerja-kerja melalui 'open tender' online sistem dan buktinya ialah kontraktor-kontraktor melayu lah yang paling banyak mendapat tawaran dan tender-tender ini.

Mereka dah tak guna 'kabel politik' lagi tetapi hanya guna 'Kabel Komputer'. (Tak percaya? pergi lah tanya Datuk Fadhil Hasan (Fadhil Construction), Chairman Persatuan Kontraktor, siapa kontraktor-kontraktor yang dapat tender-tender tu)

Kontraktor-kontraktor melayu yang tinggal sekarang hanyalah kontraktor-kontraktor melayu yang 'genuine', kontraktor-kontraktor melayu yang memang asli. Sudah tidak ada lagi kontraktor-kontraktor umno, sudah tidak ada lagi kontraktor-kontraktor 'cari makan', sudah tidak ada lagi kontraktor-kontraktor 'atas angin'.


dollah yankee -
Yang tinggal dalam kenangan ... Pembinaan Wilayah Ringgit Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment