suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, February 17, 2011

Merlimau:Kalau tak boleh berlari PAS akan berjalan, kalau tak boleh berjalan PAS akan merangkak.

23 haribulan nanti BN/umno akan umumkan siapa calun yang akan di-TIMBANGnya di Merlimau manakala esoknya saja baru PAS/PR pula akan menamakan siapa yang akan membawa bendera BULAN.

Mengikut sok-sek sok-sek yang diterima, pilihanraya kecil di-Merlimau ini bagi PAS/PR adalah lebih kepada melihat dan membuat penilaian terhadap bagaimana kemampuan kekuatan jentera pilihanraya mereka bekerja dan beroperasi dikawasan kubu utama pihak lawan, sebelum datangnya pilihanraya besar ke-13 nanti.

PAS bukan lah nak mengalah sebelum bertarung, tetapi strategis-strategis dan think-tank dalam PAS sebenarnya lebih bersikap realistik bila melihat kepada peluang-peluang yang mereka ada, dan juga tiada isu-isu besar dan menarik disana kerana pengundi-pengundi di-Merlimau jika dibelah dada mereka sudah pasti akan terpampang gambar Najib, gambar Ali Rustam dan gambar umno dalam dada mereka itu. Bagi mereka umno itu macam Tuhan. Di-Merlimau juga kalau ugama kita dihina masih ok lagi, tapi jangan hina umno, jangan hina Ali Rustam.... kah..kah..kah.. mereka sanggup mati sebab mahu mempertahankan umno dan Ali Rustam daripada mati sebab nak mempertahankan agama. Sifirnya adalah mudah... umno yang busuknya macam bangkai pun akan dikatakan sewangi setanggi.

Bagi PAS lawan mesti lawan, sasaran pula lebih kepada mengurangkan majoriti yang dimenangi umno pada 2008 dan Merlimau juga akan dijadikan platfom untuk menyediakan rancangan yang lebih besar pada pilihanraya umum akan datang.

PAS dengar kata akan mem-fokus kempen mereka kepada isu-isu diperingkat nasional dan antarabangsa sahaja.


dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' boleh rasa yang ceramah-ceramah kempen PAS/PR di Merlimau dengan nama-nama besar mereka akan mendapat sambutan yang gila-gila tetapi masih belum mampu untuk mengubah kepala-otak pengundi-pengundi yang dah berkarat.

1 comment:

  1. warga melaka dari penilain sejarah tidak pernah ada mentality berfikir jauh sekali berubah paradigma.sejarah membuktikan mereka sanggup hidup membunoh setia kawan[hang tuah bunoh jebat]walaupun hang jebat bangun menentang sang zalim.mereka sanggup jadi pak turut[patik menurut perintah kata tuah pada jebat]walaupun jebat bangun melawan demi keadilan bukan saja bagi tuah tapi demi rakyat yang tertindas.wajah dan otak mentaliti totok bn/umno/apco inilah sedang menghukum warga melaka.melaka sedang hidup dengan kemaksiatan tanpa sempadan sehinggakan kerajaan negri terpaksa mengadakan sekolah untok kaum remaja hawa melahirkan zuriat tanpa berpaksi pada syariat.mengimbas kembali tercatit dalam sejarah seorang jebat[berlainan syariat] bangun melawan orang nomber wahid melaka demi keadilan dari seorang warga emas untok cucunya,sijebat inilah yang masuk penjara,sipenjenayah hidup bebas menikmati kekayaan.warga melaka lebih rela dipenjara minda,tergadai harta serta maruah dan mengadaikan syariat demi kebebasan hidup berpaksi dunia.lihatlah sejarah telah berkata kata berulang tayang mimpi indah tapi ngeri,masihkah warga melaka hayal dengan melodi joget lambak?fikir fikirkanlah demi alam barzakh yang tidak ada kesudahan menanti.

    ReplyDelete