suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, February 28, 2011

Lagi gelap jalan nak menang

Ada member dekat-dekat Masjid Tanah sudah calling kata by-election untuk kadun Merlimau ni buat BN/umno untung banyak. Tak gaduh keluar banyak modal, save pasal orang-orang di-Merlimau tak ambil pot sangat dengan by-election ni, jadi tak kalut sangat nak buat projek mee segera.

Kempen-kempen yang dok berjalan pun tak panas. Bendera, banner, bunting, poster-poster pun tak banyak sangat.

Memang tak salah lah yang Merlimau ni kubu kuat BN/umno sebab jentera pilihanraya BN/umno tak pulun pun nak buat kerja-kerja kempen dengan kuat dan sungguh-sungguh.

Yang hairan tu, jentera PAS pun macam orang-orang umno, tak kempen sangat pasal apa? Calun PAS Yuhaizat pun ada cakap-cakap kata jadual dan program pun tak menentu, sebab tak tersusun. Jadual dan program kerap bertukar-tukar dan berubah-ubah. Mungkin sebab memang dah tahu dah apa keputusan yang akan diterima, jadi tak pulun sangat lah.

BN/umno memang over konfiden nak menang. Tak ada benda yang boleh goncang kedudukan mereka.

PAS pula macam tak berapa ada semangat nak berkempen sebab orang-orang di Merlimau macam yang dikata, tak ambil pot sangat dengan by-election ni. Kehidupan orang-orang Merlimau juga tak kalut-kalut macam life-style kita di metropolitan bandaraya Penang dan KL.

Merlimau kool, aman, sunyi. Jadi kalau jentera pilhanraya PAS dok serbu tak tentu hala, dok buat style kempen yang aggresif, silap haribulan kena baling dengan batu. Kalau kene dade tak mengape! kalau kene mate? Tak ke bute??


dollah yankee -
Pilihanraya kecil Parlimen Pmtg Pauh juga yang paling best!

1 comment: