suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, February 10, 2011

Gerakan,umno hilang punca di-Penang!

Entah dimanalah Daim Zainudin sudah kutip ini statement sepertimana yang diucapkan beliau pada temuramah dengan akhbar China Press kelmarin dulu..
"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang di terajui oleh Lim Guan Eng dan DAP terlalu kuat buat BN. Dan tidak ada indikasi yang menunjukan yang ianya akan bertukar tangan pada pilihanraya umum 13 akan datang"..
tetapi itu lah juga statement dan kenyataan yang hari-hari gurkah-gurkah politik di'port' cakapkan kepada kawan dan sahabat yang ada memegang jawatan-jawatan penting dalam umno dibeberapa bahagian (Tanjong,Jelutong,Bayan Baru) bila berjumpa dengan mereka.

Dan itu lah juga ayat yang telah keluar dari beberapa orang cina yang ditemui pada satu majlis open house tahun baru cina semalam.

BN tidak mampu untuk menang semula Penang dari Pakatan Rakyat sebab rakyat di Penang tak kira bangsa sudah begitu gembira dan menerima dengan hati yang terbuka akan 'delivery system' dari Pakatan Rakyat itu.

Biarpun banyak pelan dan strategi telah dirangka BN/umno untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan mengambil hati rakyat Penang, namun pengundi-pengundi di sini masih mempunyai satu perasaan tidak puas hati dan meluat dengan pemimpin-pemimpin dari BN/umno ini.

Biarpun BN/umno sering merangka banyak strategi-strategi dan pelan namun bagi gurkah-gurkah politik di'port' yang merupakan pengundi-pengundi berdaftar tetap kata ... " susah laa,jangan buang masa jangan buang duit !"



dollah yankee -
Strategi terbaru dari BN/umno..letak gambar Guan Eng pakai ketayap,
kah..kah..kah.., pun tak boleh jadi !

1 comment:

  1. LGE nampak yankee sikit......

    kah kah kah

    ReplyDelete