suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, January 04, 2011

Wang tunai 'SEGERA'

Mereka kata ia adalah bank untuk orang-orang miskin, gurkah-gurkah politik di'port' kata ia adalah 'Kedai Tolong'. Tak kisah lah apa nama sekali pun, yang penting walaupun ia tak kelihatan seperti sebuah bank yang canggih atau lain-lain perniagaan moden yang memberikan kemudahan kredit, namun ia merupakan satu sumber yang penting untuk wang tunai bagi sesetengah orang.

Ada orang yang masuk dalam kedai tu dengan perasaan yang tak kisah, dan ada pula yang masuk kedai tu macam pencuri (ushar dulu kiri kanan,tengok ada orang kenal atau tak) dan ada juga yang masuk dalam kedai tu macam anak-anak dara zaman dulu-dulu..malu-malu kucing.

Biarpun negara kita sudah banyak membangunkan sistem perbankan yang moden namun dengan lesen untuk buka kedai pajak gadai yang masih lagi dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa, ini menunjukan yang masih banyak lagi rakyat-rakyat yang terlepas dan tidak dapat kek-kek ekonomi seperti yang sering dilaung-laungkan (kerana bahagian mereka telah dirembat oleh orang-orang tertentu) bilamana kumpulan-kumpulan ini tidak layak untuk membuat sebarang pinjaman bank atau pun kemudahan kad kredit untuk digunakan semasa masa-masa sukar atau semasa bulan tak cukup tua lagi atau semasa 'bad times'.

Dikawasan-kawasan luar bandar kedai-kedai pajak gadai ini merupakan talian hayat utama kepada orang-orang miskin dan orang susah, yang akan menggadai barangan yang berharga untuk ditukar dengan wang tunai bagi meneruskan kehidupan yang tersangkut.

Ada penggadai yang kadang-kadang terpaksa menggadai barangan yang nilainya sekecil 50 ringgit hanya untuk membeli barangan keperluan untuk terus hidup. Ada juga yang mengadai barangan itu untuk perbelanjaan pengkebumian saudara mereka yang meninggal dunia, ada yang gadai barang sebab nak jelaskan bil-bil hospital/klinik bila ada yang jatuh sakit, ada juga yang terpaksa gadai barang untuk buat belanja harian bila sudah kena buang kerja.

Nota:- Yang membuatkan penulis bercakap tentang pajak gadai hari ini ialah sebab seorang gurkah politik di'port telah terjumpa seutas rantai emas yang cukup padu, 'gondu' kata orang penang semasa berjoging di Padang Kota Lama tempat berpuluh ribu orang sambut tahun baru 2011 pada malam 31 Disember dan dia tak tunggu lama untuk ke kedai pajak gadai, dan tahu berapa dia dapat bila digadai?? ... dekat 8 ribu beb!!

dollah yankee -
Rezeki..Rezeki.. Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment