suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, January 22, 2011

Tenang: Calun PAS kena pakai sarung tangan!

Calun PAS untuk kerusi pilihanraya kecil DUN Tenang ini, Normala Sudirman telah menerima serangan demi serangan semenjak diumumkan sebagai calon oleh parti PAS.

Yang terbaru bagaimana BN/umno telah berjaya mempolitikan isu dimana Normala dilihat tidak mahu bersalaman dengan orang-orang lelaki yang bukan muhrimnya ketika turun bertemu dengan orang ramai dan pengundi-pengundi di Labis. Dia hanya dilihat hanya bersalaman dengan kaum sejenis yakni dengan kaum wanita sahaja.

Setelah dibuat sedikit 'study', orang-orang cina dan pengundi-pengundi di Tenang/Labis ini masih lagi merupakan penentu untuk siapa yang boleh menang. Undi dari cina-cina ini masih merupakan 'king maker'.

Sehubungan dengan itu gurkah-gurkah politik di'port' ingin menasihatkan calon ini agar pakai sarung tangan semasa turun berjumpa dengan pengundi-pengundi dan semasa hendak bersalam sebab cina-cina ni dah tentu tak paham dan tak akan paham dengan tindakan Normala yang tidak mahu bersalam dengan orang-orang lelaki yang bukan muhrim dan kalau jentera BN/umno pusing kepala otak pengundi-pengundi cina dan india ini dan politikan isu ini kuat sikit lagi, alamatnya salam malaikum lahh..!!

Anyway 'Selamat Berjuang'!


dollah yankee -
Kalau undi cina dan undi india ini di'combined', 100% undi melayu masih belum mampu kalahkan mereka!!

1 comment:

  1. Salam...saya pula cadangkanCikgu Normala boleh buat seperti muslimah d Indonesia. Menyambut salam dpd lelaki dgn cara menekup tangan sendiri...spt orang2 India

    ReplyDelete