suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, January 10, 2011

Tawaran pelik untuk PLUS

Ketika melalui lebuhraya utara selatan kelmarin, maka teringat lah tentang usaha beberapa pihak korporat yang sedang mensasar untuk mengambil alih PLUS sepertimana yang kita semua maklum. Dan sudah ada dua tiga orang yang dok berebut-rebut untuk 'take-over' PLUS.

Memandangkan dua tiga orang yang dok berebut-rebut tu sahabat-sahabat dan member-member depa-depa yang diatas, maka tawaran itu dikatakan sedang diperingkat akhir tetapi masih belum muktamad nak bagi dekat siapa.

Bolehkah kita bayangkan akan datang nanti ketika kita semua sedang memandu melalui lebuhraya utara-selatan ini, kita semua akan berjumpa dengan beberapa papan iklan gergasi yang tertulis "Lebuhraya ini dimiliki oleh Bank of China", lawak tak? Lawak kan?!

Kah..Kah..Kah.., namun ini semua adalah kebarangkalian yang tidak mustahil dan mungkin terjadi bila Jelas Ulung Sdn.Bhd., antara dua tiga korporat yang telah membuat tawaran untuk mengambil alih PLUS pemilik lebuhraya utara selatan dan beberapa lebuhraya bertol yang lain lagi.

Kita pun tak kenal dan tak tahu siapa mangkok korporat 2 orang dari Jelas Ulung ini yang telah membuat tawaran yang buat mulut kita semua ternga-nga bila dengar harga yang ditawarkan mereka iaitu 26 billion ringgit.

Apa yang gurkah-gurkah politik di'port' tahu dan paham ialah duit 26 billion yang cuba ditawarkan oleh Jelas Ulung itu datang cukup jauh, dari Cina .. bukan dari cina-cina korporat Malaysia tetapi dari Negara China, lebih tepat lagi duit itu datangnya dari satu syarikat subsidari milik Bank of China yang merupakan sebuah dari empat bank perdagangan yang terbesar milik negara itu.

Yang menjadi persoalan gurkah-gurkah politik ini ialah, kenapa pemberi pinjaman yang terbesar dari negara China ini sanggup mengeluarkan sebanyak 26 billion kepada 2 orang mangkuk dari jelas Ulung ini tadi yang kita pun tak pernah kenal, tak tahu dan tak pernah pun dengar nama mereka sebelum ini untuk satu transaksi yang tidak langsung melibatkan sebarang penglibatan dari mana-mana pihak dari sana??


dollah yankee -
Tawaran ini mesti ada udang disebalik mee ...












1 comment:

  1. Mana Ketuanan Melayu, takkan nak jadi Ketuanan Republik Rakyat China di Malaysia - barangkali mereka itu Melayu. Cuma Lim Guan Eng je yang cina.

    ReplyDelete