suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, January 11, 2011

Setahun sekali,mesti ada 'shortage'!

Dulu pun masa Shafie Afdal jaga benda ni, pun dok jadi macam ni juga, sampai dia kena 'penarajang keluar' sebab hari-hari kena maki dengan rakyat. Sekarang ni Ismail Sabri pula, dia pun nampak macam elok kita semua penerajang saja.

GILA! Memang GILA! Malaysia adalah pengeluar minyak sawit yang terbesar didunia, tapi bila rakyat dia nak pi beli minyak, minyak tak dak.

Kalau tak silap tahun lepas pun jadi macam ni juga, bila dekat-dekat nak raya cina saja minyak 'nyok' ni pun hilang. Macam tu juga pada tahun 2009, kalut semua orang bila nak goreng, tak ada minyak.

Tetapi sampai petang tadi belum lagi lah kita dengar menteri ni kata "Kurangkan minyak dalam makanan dan masakan" sepertimana yang dia cakap tentang gula.."pengambilan gula berlebihan,punca penyakit kronik".

Bagus juga ada penyangak yang dok seludup minyak, tepung, gula, beras... sebab sekurang-kurangnya bila penyangak-penyangak ini mula menyeludup, kita pun tau lah yang harga barang itu akan naik, walaupun menteri ni masa bercakap keluar buih dari mulut kata yang harga minyak 'nyok' ini tidak akan dinaikan, tetapi ada orang lain pula sedang mendesak agar harga mesti kena naik. Siapa orang-orang ni?? Pengilang-pengilang kata pihak 'refiners', pihak 'refiners' ni pula kata kawan yang dok buat 'packaging', dia pula kata ni semua peruncit-peruncit punya kerja, macam tu lah ... hang kata kat aku, aku kata kat hang!

KONG KEK Lah !!!


dollah yankee -
Luar Malaysia harga minyak sawit memang tinggi, mungkin pengeluar sibuk 'packing' untuk pasaran ekspot kot?

No comments:

Post a Comment