suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, January 28, 2011

PRK Tenang: 'Rating' siapa yang menjunam?!

"Dol.. memang cikgu Mala ini cukup jambu lahh..", itu sms yang diterima dari gurkah-gurkah politik di'port' yang sedang berada disana yang telah berkesempatan berjumpa 'face to face' dengan calun dari PAS/PR ini.

Lapuran dari gurkah-gurkah ini mengatakan yang 'reluctant candidate' dari BN, sdr Azhar Ibrahim sekarang ini sedang 'frust' (cuma masih belum menonggeng) setelah PAS/PR yang telah berjaya men'Jarum' pengundi-pengundi di-Tenang selepas satu sidang akhbar selasa lepas dimana mereka telah berjaya membawa seseorang yang mendakwa telah menyaman calun BN ini berhubung dengan satu urusan yang berkaitan dengan tanah.

Calun dari BN ini terpaksa 'berbuih' mulut cuba menerang dan menjawab isu ini bila dia mula ditanya oleh pengundi-pengundi semasa berkempen dengan mengatakan yang bukan dia yang disaman, tetapi dia hanya menjadi saksi dalam kes itu.

Calun BN ini seorang yang 'very educated' dan dia pun cukup paham dengan kepala otak pengundi-pengundi disana yang tidur mereka seawal jam 9-10 malam dan bangun pula pada jam 5 pagi untuk keluar menoreh getah dan mengait kelapa sawit untuk meneruskan kehidupan, jadi bila pengundi-pengundi ini sudah dijarum dengan mengatakan yang dia sekarang ada 'court case', ini bermakna PAS/PR tidak tipu dan hal itu adalah benar. Jadi saksi atau didakwa tidak timbul, yang pengundi-pengundi ini paham ialah "engkau tipu dan engkau memang ada kes".

Secara automatik sudah dua hari 'rating' calun dari BN ini telah jatuh merudum.

* Patut pun berita radio pagi-pagi buta hari ini 'headlines' dengan nada tegas berbunyi "Jangan silap pilih calun !".

Sementara itu dengan jatuhnya 'rating' calun dari BN ini, maka calun dari PAS/PR yang merupakan 'calun idaman hati' gurkah-gurkah politik di'port' iaitu cikgu Mala kita, telah mula mendapat kepercayaan dari setengah pengundi-pengundi DUN Tenang serta keseluruhan pengundi-pengundi 'atas pagar' dimana mereka telah memberikan respon yang positif dari semua bangsa melayu,india,cina serta masyarakat orang asli bila mereka kata yang mereka sudah tidak sabar untuk melakukan perubahan di DUN Tenang.

'Undilah PAS/PR'


dollah yankee -
Aku juga yang terlepas nak tatap wajah cikgu Mala!

No comments:

Post a Comment