suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, January 20, 2011

Lim Guan Eng yang bijak !!

Pagi ini terpaksa ambil jalan jauh sikit untuk ke 'port' tempat gurkah-gurkah politik melepak bagi mengelakan trafik jam kerana Thaipusam.

Ketika melalui lebuhraya ini maka teringatlah kepada permainan politik yang cukup bijak dari Lim Guan Eng.

Politiknya tinggi, dan dia juga sudah menunjukan satu teladan yang juga cukup baik. Nasib baik pilihanraya kecil akan berlaku di-Tenang, kalau lah disini, dah tentu semua cina-cina disini akan 'swing' seratus persen untuk Pakatan Rakyat dengan tindakan bijak dari Lim Guan Eng ini.

Lim Guan Eng telah serta merta menamakan lebuhraya ini dengan nama Lebuhraya Tun Dr.Lim Chong Eu keesokan hari selepas upacara pengkebumian Chong Eu.

Tun Dr.Lim Chong Eu adalah tokoh besar dari Barisan Nasional yang telah memainkan peranan yang penting dalam politik Malaysia. Tapi namanya telah diabadikan di lebuhraya ini oleh Lim Guan Eng,pemimpin dan tokoh politik dari DAP/Pakatan Rakyat.

Jangan kata rakyat biasa, penyokong-penyokong Gerakan dan MCA yang terdiri dari cina-cina yang saban hari melalui lebuhraya ini juga terpikat dan tergoda dengan cara Lim Guan Eng ini bila terpandang akan nama lebuhraya ini. Gurkah-gurkah juga setuju dengan pendapat ini bila dikatakan yang cukup bijak dan tinggi permainan politik Guan Eng.

Pemimpin-pemimpin umno atau BN kena lah belajar cara permainan politik Guan Eng, menghargai tokoh pembangkang untuk mengurat dan menggoda hati penyokong-penyokong lawan.


dollah yankee-
Kalau tidak, Najib tak berani kata laa yang anak cina ni 'pandai makan dengan tangan'!

No comments:

Post a Comment