suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, January 06, 2011

Guan Eng dahulukan rakyat dengan 'sistem tolong rakyat'

Dengan tambahan kenaikan minyak petrol kelmarin, sudah pasti lah perbelanjaan perjalanan juga akan naik. Dalam perkara ini gurkah-gurkah politik di'port' tengok yang hanya Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng saja yang betul-betul mendahulukan rakyat dengan bekerja untuk rakyat.

Subsidi lebih kurang 250 ringgit untuk satu kepala kepada rakyat-rakyat Penang yang tinggal di Seberang Perai yang bekerja di sebelah pulau. Itu yang hanya mampu Guan Eng buat untuk mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat akibat mengundi BN.

250 ringgit ni bukan lah duit cash,tetapi merupakan satu sistem yang boleh membuatkan tiap seorang rakyat Penang yang tinggal di Seberang Perai tetapi bekerja di sekitar kawasan kilang di Bayan Lepas dan yang berdekatan boleh jimatkan perbelanjaan minyak dan tol jambatan yang dalam lingkungan lebih kurang 250 ringgit jika mereka menggunakan sistem kemudahan yang disediakan ini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan melancarkan sistem parkir dan naik bas (park-and-ride system) yang dipanggil BEST 'Bridge Express Shuttle Transit' untuk rakyat penang terutamanya warga-warga kilang (gurkah-gurkah kata ini sistem tolong rakyat), dimana mereka boleh meletakan kereta atau motor mereka di Sunway Carnival,Seberang Jaya dan ambil bas ini untuk ke kawasan-kawasan kilang di Bayan Lepas dan selepas habis bekerja boleh ambil bas ini dimana-mana perhentian bas untuk pulang semula ke Sunway Carnival.

Perkhidmatan 'tolong rakyat' ini adalah percuma untuk setiap hari bekerja dari jam 6pagi-9pagi dan dari jam 4petang-7malam.

Kira-kira dekat 60 buah perhentian bas sedang dibina dihadapan kilang-kilang diBayan Lepas untuk sistem 'tolong rakyat' ini.

Sistem 'tolong rakyat' ini akan memulakan perkhidmatanya pada 1 Mac 2011.


dollah yankee -
Habis tu..? Najib dok gaduh kata Guan Eng dah pandai makan dengan tangan !!!

No comments:

Post a Comment