suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, January 31, 2011

Akhirnya Najib mengiktiraf 'Buku Jingga' (manifesto 100 hari memerintah)

Ikrar untuk menghapuskan tol. Itu antara kandungan dan janji dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari jika berjaya menawan Putrajaya. Rakyat mana yang tak terpikat dan tak tergoda?? Memang itu yang dinantikan oleh rakyat-rakyat yang dibebani dengan tol disetiap lebuhraya.

Pemimpin-pemimpin umno/BN ini semua sebelum ini tak pandang serius langsung ancaman Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, mereka mengejek-mengejek, memperolok-olokan manifesto ini, namun selepas mendapat lapuran mengatakan janji-janji ini bukan main-main dan mereka (Najib) pula sudah nampak jalan yang boleh terperangkap, akhirnya Najib terpaksa akur dan mengiktiraf antara ikrar dalam 'Buku Jingga' Pakatan Rakyat ini.

Menghapuskan kutipan tol di Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur telah tertulis didalam 'Buku Jingga' itu dan dengan pengumuman Najib terhadap penghapusan tol-tol itu telah membuktikan yang Pakatan Rakyat tidak silap dan janji-janji Pakatan Rakyat ini bukannya janji-janji untuk memancing undi tetapi satu janji yang benar-benar mahu meringankan beban rakyat.

Faktanya cukup jelas, pengumuman penghapusan tol oleh Najib ini dibuat hanya selepas manifesto 100 hari-'Buku Jingga' ini dilancarkan.

Kepada rakyat Malaysia ... jangan harap tol ini akan dihapuskan jika bukan kerana 'Buku Jingga'.


dollah yankee -
Setengah juta cikgu-cikgu sekolah sedang menunggu ... kenaikan gaji 500 ringgit sekiranya Pakatan Rakyat di Putrajaya!!

No comments:

Post a Comment