suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, January 23, 2011

Aduhhh!..Cikgu Mala..

ini bukan 'cikgu mala'...
PAS memang mengambil risiko dengan meletakan 'cikgu Mala' seorang wanita pada pertembungan satu lawan satu dengan umno pada pilihanraya kecil di-Tenang ini.

Menurut gurkah-gurkah politik di'port', cikgu Mala ni memang 'jambu' dan segak, badan pula slim elok dan cantik. Kalau nak dibandingkan Rosmah Mansur atau Ketua Puteri umno dengan cikgu Mala, cikgu Mala akan jauh meninggalkan Rosmah dan Ketua Puteri ini, jauh macam Penang ke Johor Baru.

Sebab 'jambu' lah cikgu Mala telah menjadi buah mulut lelaki-lelaki yang 'sihat', lelaki-lelaki yang ber'hidung belang' dan lelaki-lelaki yang ber'mata keranjang' yang merupakan pengundi dan penduduk Tenang serta lelaki-lelaki yang ramai-ramai dari luar yang turun ke-sana untuk meraikan kedatangan pilihanraya kecil ini.

BN/umno telah memulakan kempen serangan mereka dengan bertanya, bolehkah cikgu Mala memberikan khidmatnya seperti yang diharapkan, boleh kah pengundi-pengundi Tenang yang terdiri daripada kaum lelaki-lelaki menalipon cikgu Mala ditengah-tengah malam kalau mereka menghadapi sebarang masalah? Selesakah cikgu Mala untuk datang ke-rumah mereka?

Akan banyak lagi soalan-soalan yang akan ditanya dan diragui keupayaanya oleh tukang-tukang kempen umno, tetapi keupayaan dan pengalaman cikgu Mala akan banyak membantu beliau menghadapi semua ini.

Yang pasti bagi gurkah-gurkah politik ini ialah, pengundi-pengundi dari kaum lelaki yang menyokong parti PAS dan Pakatan Rakyat juga yang duduk diatas pagar tidak akan peduli dengan soalan-soalan yang dilemparkan oleh tukang-tukang kempen umno ini, sebab apa pun yang terjadi undi mereka hanya untuk cikgu Mala !.


dollah yankee -
pun terpesona ... bukan dengan cikgu Mala tetapi penyokong diatas! Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment