suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, December 14, 2010

Transformasi ala si-Toyo

KHIR TOYO... dulu dia ni tak ada apa-apa punya kaki, orang Penang kata 'pu-de-ke salam'.

Semasa zaman dia membesar, keluarga dia orang susah, keluarga dia pun dapat bantuan zakat disebabkan dia orang susah, tetapi beberapa dekad selepas itu dia telah mendapat peluang yang orang-orang lain tak dapat, dia tidak berpijak diatas papan reput tetapi dia telah dapat berpijak di tangga konkrit. Dia telah dapat peluang yang gurkah-gurkah politik di'port' tak pernah impikan nak dapat peluang yang sebegitu.

Khir Toyo bukan lah siapa-siapa, orang tak ambil pot pun tentang dia sebelum tahun 2000. Gurkah-gurkah politik di'port' kata sebelum dia dilantik jadi Menteri Besar dia hanya lah 'kucing kurap' (walaupun dia seorang doktor gigi).

Hanya dalam masa lapan tahun dan hanya kerana Selangor adalah sebuah negeri yang 'happening', dari seorang yang kerjanya hanya mencabut gigi orang, dia telah naik menjadi seorang yang cukup 'powerful' dan ahli politik yang cukup kontroversi di Selangor.

Cerita-cerita tentang dirinya yang hanya daripada seorang 'kucing kurap' tetapi telah berjaya mengumpul kekayaan yang melampau telah menjadi buah mulut ramai khasnya ahli-ahli umno di Selangor yang mula menyimpan geram dan dendam, kerana ada diantara ahli-ahli umno di Selangor ini yang telah berjuang selama berpuluh-puluh tahun, berhempas pulas, tapi sampai hari ini apa habuk pun tarak!, kerana mereka tidak pernah diberi peluang sepertimana yang Khir Toyo telah dapat.

Harapan ahli-ahli umno di Selangor yang mahu merejam Khir Toyo telah terbantut dan tergendala pada malam 8 Mac 2008 apabila Selangor telah jatuh ke tangan PKR dan PR, dan impian untuk menjahanamkan Khir Toyo pun terkubur sama buat sementara.

Hanya sekitar Mac pada tahun lepas saja pelan untuk terus menjahanamkan Khir Toyo dilakar semula dan isu kekayaan Khir Toyo muncul kembali, dan kali ini telah ditambah pula dengan rumah besarnya yang mengalahkan istana dimana sehingga ada orang yang telah sanggup menyewa helikopter hanya kerana mahu mengambil gambar dari udara akan bentuk rumah bali yang besar itu dan kemudian mula diedarkan kepada ahli-ahli pemuda umno melalui e-mail dan mms kerana Khir Toyo telah mencanangkan ke seluruh alam yang dia mahu jadi Ketua Pemuda umno pula selepas orang-orang Selangor menendang Khir Toyo turun dari menjadi MB.

Ahli politik umno dengan rumah-rumah besar dan kekayaan melampau yang dimiliki mereka hasil daripada menjadi ahli politik bukanlah perkara baru, tetapi kalau 'nawaitu' mahu menunjuk-nunjuk akan kehebatan kekayaan yang dimiliki, maka yang pasti Allah SWT pun akan menunjuk sama... Allah SWT akan menunjukan EXIT atau JALAN KELUAR !

Ini lah yang terjadi kepada Khir Toyo. Karier politiknya ternyata sudah berakhir, sudah habis, sudah lingkup, india cakap elek, po chik!

dollah yankee -
Hilang lah sudah satu sasaran menembak untuk PKR/PR

No comments:

Post a Comment