suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, December 08, 2010

PDRM pun dah jadi macam 'supermarket'

Seorang sahabat kepada gurkah-gurkah politik di'port' menyumpah-nyumpah PDRM pagi ini bila hari ini merupakan hari ke-3 dia tak sanggup nak beratur panjang untuk mengambil peluang 'harga potong' bagi menjelaskan saman-saman yang dia ada.
(Sekali tengok PDRM ni macam supermarket pulak, dalam setahun ada dua,tiga kali buat potongan harga saman)

Kalau tak silap, dasar 'potong harga' saman PDRM ini dah berpuluh-puluh kali, setiap kali bila datang seorang IGP yang baru..'potong harga' saman mesti ada punya, tak tahu lah pulak sama ada itu cara seorang IGP nak cari duit bila dia masuk opis, dia semak baki duit dalam bank, tengok-tengok kosong.

Gurkah-gurkah politik di'port' anggap yang dasar diskaun terhadap saman-saman kepada pesalah-pesalah lalu lintas yang 'on and off' ini yang bertujuan untuk membersihkan saman-saman yang tertunggak sebenarnya hanya lah membuang masa dan tidak banyak membantu untuk menyelesaikan masalah ini.

Lagi satu ... bila PDRM mengumumkan 'potong harga' kepada saman-saman yang tak berbayar ini secara tidak langsung ia telah mengecewakan hati pesalah-pesalah yang gentelmen, yang mana kumpulan ini yang bila hari ini kena saman, esoknya mereka akan terus menjelaskan denda tersebut.

Bila ada musim 'potong harga' ini, kumpulan-kumpulan yang gentelmen ini sudah pasti akan memaki hamun,menyumpah seranah PDRM kerana mereka kata layanan yang diterima tidak adil kerana mereka telah menjelaskan saman-saman mereka dengan harga yang telah ditetapkan, tidak ada 'potong harga' untuk mereka.

Oleh itu gurkah-gurkah politik di'port' telah mencadangkan kepada IGP yang baru (dulu masa jadi KP Terengganu, IGP ni tak ada gigi, sekarang dah pakai gigi palsu) cara untuk menyelesaikan masalah ini daripada berterusan ialah 'potong harga' saman, susun semula harga-harga baru bagi tiap kesalahan, kalau langgar lampu merah yang sebelum ini dendanya 300 ringgit,'potong harga' tinggal 50 ringgit, garenti tak ada lagi kes-kes yang 'backlog' ini.... Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
Tak pernah kena saman dengan polis sepanjang hidup !

1 comment:

  1. kalo tak nak kena saman...ikut la peraturan...

    ReplyDelete