suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, December 03, 2010

Menunggu 'Hari Pembalasan'

Dalam begitu banyak spekulasi tentang bila bakal berlangsungnya pilihanraya umum 13 nanti, gurkah-gurkah politik di'port' lebih percaya kepada 'calculation' Anwar Ibrahim yang mengatakan PRU-13 itu bakal berlangsung pada sekitar Mac 2011. Ini sebab Anwar terlalu lama dalam umno/BN dan dia cukup arif dan paham selok belok taktik umno/BN... semua dalam poket seluar dia...

Pada ketika itu lah merupakan 'Hari Pembalasan' atau orang putih kata 'Judgement Day' buat umno/BN yang telah sekian lama hidup. Ini yang Najib tak bagi tahu dekat rakan-rakan kabinet dia, mungkin juga Najib tak tahu yang rakan-rakan kabinet dia juga dah tahu PRU-13 nanti adalah 'hari pembalasan' buat mereka.

Biarpun dua pilihanraya kecil terakhir telah menjadi milik mereka (umno/BN), namun realitinya ialah rakyat masih memberikan respon yang negatif dalam mahu memberikan semula kepercayaan mereka kepada umno/BN disebabkan gabungan kerjasama Pakatan Rakyat yang dikemudi Anwar Ibrahim telah bekerja lebih keras dalam menunjukan keikhlasan pemimpin-pemimpin PR dalam membela nasib rakyat marhain.

PR juga telah menunjukan bukti yang mereka adalah dinamik dan lebih sensitif kepada apa juga keperluan rakyat dan sensitif kepada apa yang rakyat marhain mahukan.

Akibat terlalu lama memerintah, umno/BN jadi leka dan PRU-12 2008 merupakan 'wake-up call' bagi mereka, dan sejak 18 bulan terakhir ini umno/BN sudah cuba bermacam-macam cara dalam mengtranformasi kepala otak rakyat dan 13 parti-parti politik lain yang ikut 'pungkok' umno/BN, masih gagal mengubah dan masih gagal memenangi semula hati rakyat.

Gurkah-gurkah politik di'port' kata, hanya Anwar Ibrahim dan PR saja yang tahu dan paham undang-undang baru yang telah dibuat rakyat bagaimana pahaman politik rakyat hari ini.


dollah yankee -
Majoriti rakyat sedang menunggu 'Hari Pembalasan' tersebut dengan perasan tidak sabar, itu realitinya !!!

No comments:

Post a Comment