suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, December 25, 2010

Menteri seronok,gurkah bimbang!

Seronok juga tengok gelagat dan aksi-aksi dari murid-murid, mak-bapak murid-murid, cikgu-chikgi sekolah bila dapat keputusan peperiksaan PMR kelmarin.

Macam biasalah menteri yang jaga pendidikan, Ketua Pengarah pun buat sidang akhbar dengan bangga kerenyeh sampai ke telinga umum ke seluruh pelusuk tanah air yang keputusan PMR 2010 adalah yang terbaik dalam masa empat tahun.

7% telah skor straight A's. Gurkah-gurkah politik di'port' pun tertanya-tanya juga 7% tu berapa ratus orang pelajar? 7% tu banyak mana? Berapa banyak keseluruhan calun-calun yang menduduki peperiksaan itu?

Menteri umum yang baik saja kah? 7%?

Gurkah-gurkah politik di'port' nak tanya lagi... bagaimana dengan yang lain-lain? Bagaimana dengan yang tak dapat straight A's? Apa yang gurkah-gurkah politik di'port' ini dapat maklumat ialah statistik peratusan pelajar yang gagal dan telah mendapat Grade D dan E cukup-cukup membimbangkan.

Mengikut perkiraan gurkah-gurkah politik ini, hampir setengah daripada pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR ini langsung tidak paham dan tidak reti dan tak paham english, 43% pula tidak reti nak buat kira-kira pun dan 41% lagi pula langsung cukup tidak suka mata pelajaran sains.

Jadi kepada pak menteri dan Ketua Pengarah serta cikgu-cikgi sekolah -sekolah tu, jangan lah dok kalut dengan mereka-mereka yang dah berjaya skor saja, tetapi mereka semua mestilah tengok juga dan tumpukan perhatian sama kepada pelajar-pelajar yang begitu lemah ini.

Mereka sepatutnya sedar akan kumpulan-kumpulan pelajar-pelajar yang lemah ini semasa mereka didalam tingkatan 1 atau tingkatan 2 lagi berdasarkan kepada keputusan peperiksaan penggal atau peperiksaan bulanan mereka.

Sebaik sahaja mereka menyedari dan mengenal pasti kumpulan-kumpulan pelajar yang lemah ini, tindakan susulan perlu dan boleh lah diambil untuk membantu dan memperbaiki mereka.

Kalau ikut kepala otak gurkah-gurkah politik di'port', cikgu-cikgi sekolah itu yang patut dipersalahkan dan kalau gurkah-gurkah politik ni jadi menteri pelajaran atau Ketua Pengarah pelajaran, mula-mula gurkah-gurkah ini akan panggil cikgu besar sekolah itu dan suruh dia bagi laporan lengkap kenapa ramai sangat murid yang skor D dan E.

...Kalau jawapan cikgu besar tadi tak memuaskan, 'on the spot' hantar pergi duduk kawasan-kawasan yang jalan pun tak ada tar, baru mereka tau!

Walau bagaimana pun gurkah-gurkah politik di'port' ingin juga mengucapkan tahniah diatas kejayaan budak-budak yang dah skor straight A's.


dollah yankee -
Kalau aku jadi menteri,yang gagal yang tak mau sekolah lagi, 3 tahun mesti pergi kerja kilang..tak payah bawa masuk segala indon,segala bangla,segala myanmar...Tak ikut perintah...tangkap!
Tak payah PLKN.

No comments:

Post a Comment