suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, December 06, 2010

Ku Li: Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa!

Dia ini tahu...sebab mulut badan nanti binasa,jadi dia tak mahu cakap ...
Betul lah kata orang-orang tua dulu-dulu ... 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...'

Hanya kerana statement kepada pemberita akhbar pada 13 September 2010, bertempat di luar Komplek Mahkamah Persekutuan, Putrajaya ...

" Ayahanda Sultan iaitu Sultan Ismail Petra masih lagi hidup dan tidak pernah meninggalkan negeri lebih dari 12 bulan, masih ada di dalam Kota Bahru dan masih tidak turun dari takhta, oleh itu perlantikan anakanda baginda sebagai pemangku sultan pada masa itu menjadi satu tanda tanya".

Ini lah kenyataan dari Ku Li yang telah menghiris perasaan baginda Sultan Muhammad ke-V Kelantan, nasib baik Ku Li tidak berada di zaman kesultanan melayu Melaka, kalau tidak dah tentu hukumannya lebih kurang macam hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Laksamana Hang Tuah !


dollah yankee -
ini baru la sultan....tak peduli adik ipar ka,pak penakan ka,tok penakan ka, kalau tak betul kasi hukum sama dia ...

No comments:

Post a Comment