suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, December 05, 2010

Kegilaan iPAD !!

GILA !!! itu yang gurkah-gurkah politik di'port' kata bila tengok terlalu ramai yang berkerumun di 'booth' yang menjual iPAD semasa sama-sama berhimpit-himpit di 'PC Fair', di PISA yang sedang berlangsung.

Pengunjung yang patah kaki berbalut dengan simen dan bertongkat pun gurkah-gurkah tengok sama-sama bersesak disitu, bila tengok keadaan itu gurkah-gurkah kata..."ini lagi GILA!!, patah kaki pun gagah mai nak tengok? atau nak beli iPAD?..."

Akhirnya penjual-penjual iPAD disini yang sebelum ini asyik 'telan air liur' kerana melihat rakan-rakan mereka di Singapura 'kerenyeh sampai telinga menuju ke bank' kerana telah membuat keuntungan lumayan hasil penjualan iPAD atau melayu kata 'Buku Komputer' (Tablet Computer) dan setelah menunggu kira-kira lapan bulan untuk mendapatkan 'product' itu, dan kini sudah tiba pula giliran mereka.

Bagaimana Apple Computer telah membuatnya?? Apa 'x-faktor' yang ada, yang menyebabkan product iPAD ini begitu mengujakan??

Apa-apa pun selepas meninjau-ninjau, gurkah-gurkah politik di'port' tidak sanggup untuk membayar harga untuk iPAD itu kerana harganya terlalu mahal bagi mereka walaupun dikatakan harga iPAD ini diMalaysia adalah yang paling murah !


dollah yankee -
Tunggu harga jatuh pada bulan 4 nanti baru nak beli.

1 comment:

  1. Betul tu bro..., jika dibandingkan dengan Indonesia, harga iPAD di malaysia masih murah bro...

    percayalahhhhh....

    ReplyDelete