suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, December 09, 2010

Kabinet sebenarnya dah setuju nak cekik,nak hisap darah rakyat lagi !

Barang Naik! Barang akan Naik lagi! hanya menunggu masa untuk mood rakyat baik sikit untuk diumumkan bagi mengelakan diri dari disumpah-seranah, dimaki-hamun.

Secara dasarnya pihak kabinet telah pun bersetuju dengan cadangan TNB untuk menghisap darah dan mencekik tengkuk rakyat dengan harga baru yang telah dicadangkan, setelah membenarkan TNB mengkaji-kaji berapa boleh untung,berapa boleh rugi dalam kajian harga tarif elektrik yang baru.

Menteri yang jaga letrik ni sendiri yang bagi tahu, harga baru sudah ada, 'it's already on the cards', hanya tunggu masa yang sesuai kerana perlu cari banyak idea untuk menangkis serangan dan maki-makian yang bakal diterima nanti.

Tapi setelah rakyat mendapat tahu bunga-bunga akan kenaikan tarif elektrik ini dan BN mula di sumpah, mula kena maki, kabinet Najib terpaksa 'put on hold' sekejab pelan ini. Mereka akan tunggu sehingga Januari 2011 pula.



dollah yankee -
Tahun ini, berapa bulan bonus pulak untuk staff TNB??

No comments:

Post a Comment