suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, December 24, 2010

Demi rakyat Khalid tak tidur malam fikir pasal air

Di sebalik kerja keras Tan Sri Khalid Ibrahim dan Kerajaan PR negeri Selangor untuk membuat beberapa tawaran alternatif bagi mengambil balik semula konsesi air di Selangor daripada Syabas, gurkah-gurlah politik di'port' masih tetap skeptikal yang kerja keras Khalid itu akan boleh selesai dalam jangka masa yang terdekat ini.

Gurkah-gurkah politik di'port' telah diberitahu yang kerajaan PR Selangor dan Syabas akan memulakan lagi rundingan, entah 'round' yang ke berapa punya 'negotiations' pun tak tau lah untuk menyelesaikan isu ini demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor.

Gurkah-gurkah politik di'port' pun tak mahu lah membuat apa-apa spekulasi dengan apa yang TS Khalid nak 'offer' dekat Syabas pada rundingan yang akan datang ini. Apa yang gurkah-gurkah ini tahu TS Khalid bercadang untuk menggunakan khidmat seorang jururunding antarabangsa untuk menilai dan memastikan harga yang patut dan adil untuk membeli syarikat konsesi air itu.

Pada masa ini ada empat buah syarikat air yang sedang beroperasi di-Selangor, termasuk lah Syabas, yang telah mendapat mandat untuk membekalkan air yang telah dirawat ke KL,Selangor dan Putrajaya. Tiga lagi ialah Splash,Puncak Niaga dan Konsortium Abass Sdn.Bhd.

Menteri di pusat yang jaga air pula telah memberikan tempoh sehingga akhir tahun ini saja agar supaya kerajaan negeri PR Selangor dapat menyelesaikan masalah air ini. Dengan tinggal empat lima hari saja lagi nak habis tahun 2010 ini gurkah-gurkah politik di'port' kata Khalid Ibrahim pun dah tak tau nak pikir macam mana lagi. Dan gurkah-gurkah pun tak nampak yang Khalid ada jalan lagi.

Demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor, Khalid mesti kena cari jalan juga untuk ambil alih konsesi air ini demi memastikan rakyat negeri Selangor dapat menggunakan air ini dengan kadar murah dan air yang berkualiti.

Jika Khalid tak dapat ambil alih air ini, maknanya rakyat Selangor terpaksa hadapi kenaikan sebanyak 37% diikuti dengan 25% dan 20% lagi kenaikan dalam masa enam tahun.


dollah yankee -
Silap haribulan..Tan Sri Rozali ni pun akan jadi macam Tan Sri Yahya Ahmad.. sebab dok kena sumpah dengan rakyat hari-hari ...

No comments:

Post a Comment