suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, December 21, 2010

Bukan TENANG, tapi jiwa sudah KACAU !

Kah..Kah..Kah.. seronok lah orang-orang di DUN Tenang dan sekitar Labis, di-Johor sana sebab rezeki sedang dok bergolek mai. Ini lah kot yang orang selalu cakap 'rezeki datang bergolek'? Sebab tak lama lagi nak ada pilihanraya kecil, hari jumaat ni boleh laa kita tau bila penamaan,bila nak undi.

Pilihanraya kecil di-Tenang ni kalau tak silap yang ke-14 lepas PRU-2008.

Di-sini, pengundi yang ada lebih kurang dekat-dekat lima belas ribu orang, di-'control' oleh orang melayu,50% pengundi melayu. Tiga suku dari 50% ni, pada hari ini cukup meluat dengan umno/BN.

Pengundi cina pula lebih kurang 38%. Cina di Tenang,Labis ni ada dua 'group', satu yang sokong Chua Soi Lek, satu lagi yang ikut bekas presiden MCA, Chua juga... Chua Jui Meng.

Pengundi india pula? Pengundi india kita kena letak tepi, sebab mereka ni boleh jadi lalang. Kalau ramai sokong PAS/PR, mereka akan ikut sokong pas/pr. Kalau ramai nak pangkah kati @ dacing, mereka akan pangkah dacing @ kati. Tapi sok-sek sok-sek yang didengar oleh gurkah-gurkah ialah ada 'group' yang sokong Samy Vellu, yang mahu dia kekal Presiden MIC, akan buat u-turn kepada pas/pakatan rakyat sebagai membalas dendam dengan apa berlaku kepada Samy, dimana Samy telah di-paksa untuk cepatkan perletakan jawatan.

Kalau pilihanraya kecil kali ini berpendapat yang undi cina dan undi hindu akan jadi penentu atau 'kingmaker', sudah tak boleh pakai lagi sebab sekali ini punya pilihanraya kecil, gurkah-gurkah politik di'port' nampak sah-sah yang pas lawan dengan umno. Gurkah kata ini baru lah 'buku bertemu ruas' itu pun kalau tak ada orang yang gatai pungkok nak 'interprame' jadi calun bebas.

Gurkah-gurkah kata lagi, tekanan sekarang bukan kepada pas/pakatan rakyat yang mahu menang, tapi kepada umno/bn yang tentunya tidak mahu kalah.

Dengan banyak perkembangan dan isu-isu yang hangat, mereka menggila dengan menaikan harga barang-barang keperluan yang sedang tanggung oleh rakyat, dengan kebangkitan semangat rakyat yang mahu berubah, dengan cara dan 'tone' sembang-sembang dari penganalisis-penganalisis politik orang-orang cina, sekali lagi gurkah-gurkah politik di'port' berani bertaruh yang Tenang sudah tidak tenang lagi pada umno/bn, dan dah ada orang sedang 'saiko' kepala otak orang-orang Tenang, Labis bahawa pas/pakatan rakyat akan buat 'upset' pada pilihanraya kecil kali ini.




dollah yankee -
Dapat rasa yang pilihanraya kecil kali ini memang mendebarkan !

1 comment:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete