suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, December 29, 2010

Bola oh Bola !

Semua orang, kelmarin dan hari ini asyik bercakap tentang bola dimana Malaysia akan bertemu Indonesia malam ini setelah bermain dengan baik sekali.

Gurkah-gurkah politik di'port' yang walaupun semuanya jenis 'Kaki Bangku' turut tidak mahu ketinggalan untuk bercakap tentang perlawanan ini dan tentang K.Rajagopal (orang-orang di Indon panggil dia Pak Raja) yang hanya dalam satu malam sahaja dia telah menjadi seorang seleberiti.

Pasokan Malaysia yang pagi-pagi buta lagi pada hari isnin telah berlepas ke Jakarta dengan penerbangan MH711 dan juga telah diberi sambutan sebagai pahlawan oleh Kapten pesawat tersebut apabila beliau telah mengumumkan kepada semua penumpang penumpang dalam penerbangan itu yang pasokan Malaysia ada bersama berada didalam pesawat dan telah mendapat tepukan yang bergemuruh.

Gurkah-gurkah politik di'port' yang memang tak pernah minat dengan bola sepak pun turut berbangga dengan kemenangan awal 3-0 itu dan ingin mengucapkan selamat berjuang kepada mereka malam nanti.

Gurkah-gurkah juga mahu mengingatkan pemain-pemain dan 'Pak Raja' kita agar jangan jadi macam 'kaduk naik junjung' bila sudah dapat status seleberiti.

Sebab gurkah-gurkah ini tak boleh lupa insiden pada perlawanan separuh akhir 'Tiger Cup' tahun 2004. Malaysia juga sudah dalam kedudukan yang selesa selepas menang 2-1 dengan Indonesia pada pusingan pertama di Indonesia.

Malaysia hanya memerlukan seri pada perlawanan kedua di Bukit Jalil bagi memastikan tempat mereka di final.

Namun akibat sikap 'over confident' dan main pula ditempat sendiri, Malaysia telah bermain macam 'taik' dan telah kalah 4-1.

Hari ini kedudukan pasokan Malaysia begitu baik dan gurkah-gurkah harap sangat-sangat supaya pemain-pemain kita jadikan perlawanan separuh akhir 'Tiger Cup' 2004 itu sebagai pengajaran supaya mereka JANGAN MAIN MACAM TAIK lagi, kerana mereka akan bermain di Stadium yang bernama Gelora Bung Karno, jangan lakukan kesilapan dan kembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia semua.

GO MALAYSIA !!!

dollah yankee -
1. Teringat masa kecik-kecik dulu ada team pakai bomoh, gol-keeper nampak bola macam buah nyok, tak berani tangkap. Pasokan lawan pula sapu minyak babi pada tiang gol nak counter tok bomoh tadi.

2. Respek dekat arwah Ali Bakar, punya main bola dari kecik sampai besaq, sampai mati pun atas padang bola.

3. Pak Raja kita juga akan bergelar Datuk bila tiba pada hari keputraan Sultan pahang.

No comments:

Post a Comment