suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, November 11, 2010

Untung siapa ada simpanan Dinar Emas Kelantan yang banyak

Kerajaan PAS Kelantan dibawah pentadbiran TG Nik Aziz memang telah membuat satu langkah yang tepat lagi bijak bila telah memperkenalkan Dinar Emas Kelantan biarpun mendapat respon negatif dari pihak-pihak lain yang gagal memikirkan apa benda baru yang boleh diperkenalkan demi untuk kemajuan dan kebaikan ummah.

Gurkah-gurkah politik di'port' yang pernah buat kerja tak baik satu ketika dulu dengan membawa masuk emas dan permata dari Laos dan Cambodia secara haram kesini dan menjualnya kepada mamak-mamak kedai emas di sekitar Pitt Street(walaupun bukan beratus-ratus kilogram tetapi memadai utuk buat sedikit keuntungan) telah memberitahu yang harga emas dipasaran akan pasti mencecah sehingga USD 2,000 satu ounce dari sekarang dan sehingga dalam masa satu tahun akan datang.

Dari segi jangka panjang pula, harga emas akan terus meningkat berikutan dengan lemahnya dollar amerika dan disebabkan permintaan yang tinggi untuk komoditi tersebut dan berikutan dengan tindakan kerajaan negeri India yang sedang menambahkan jumlah simpanan emasnya sehingga USD 4-5 trillion.


dollah yankee -
Yang ada cuma Pisang Emas...

No comments:

Post a Comment