suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 21, 2010

Tidak ada lagi 'Mega Sale', tidak ada lagi 'Malaysia,syurga membeli-belah'

Gurkah-gurkah politik di'port' kalau bab berpakaian atau dressing, memang nombor satu, atau numero uno kalau pasal nak bergaya. Baju, seluar mereka jika dilihat dari jauh pun kita sudah tahu yang semuanya jenis yang baik-baik dan berkualiti.

Tetapi mulai bulan depan semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina, gurkah-gurkah politik di'port' nampaknya terpaksalah membayar lebih untuk pakaian baju dan seluar yang dibeli. Ini kerana semasa membeli belah dikedai kebiasaan, gurkah-gurkah politik di'port' telah perasan yang bukan sahaja perencah nasi goreng Adabi yang naik, tetapi juga harga baju-baju dan seluar juga ada naik. Bila tanya nyonya sales girl yang sexy maxy dan cun itu kenapa harga baju dan seluar nampak macam ada sedikit mahal, dia cakap yang sebab harga cotton dan benang sudah naik. Bahan-bahan mentah untuk membuat pakaian ini sedang naik mendadak.

Akibat kekurangan bahan mentah untuk membuat pakaian ini diseluruh dunia dan juga permintaan yang gila-gila terhadap pakaian siap telah menyebabkan bahan-bahan mentah ini telah naik macam roket sejak dua tiga bulan lepas.

Dalam masa tiga bulan sahaja, harga bahan-bahan mentah ini telah naik sehingga 25%-40%.

Bila bahan-bahan mentah untuk membuat pakaian ini telah naik maka, kos pengeluaran pun akan meningkat dan jadi tinggi, towkey-towkey kilang kain ini pulak mana mahu berniaga rugi, Maka kita semua sebagai 'end-user' pun terpaksa lah menanggung sama kos-kos pembuatan ini. Damnn!!!

Gurkah-gurkah politik di'port' pun nak tau juga kenapa serius sangat ketiadaan bekalan bahan-bahan mentah ini? Malaysia pun tak boleh lari dari masalah ini sebab sikit punya banyak ke kilang-kilang kain yang ada di Malaysia ni!, lalu gurkah ini pun terus menalipon seorang sahabat yang buat direct selling jual baju seluar, dan dia kata "...KahKahKah, semua orang nak berniaga kain dan baju..., akibat dari kebanjiran kain dan pakaian yang berlambak-lambak dari China,India,Pakistan,Brazil, Amerika ini lah yang menyebabkan kurangnya raw materials ini, semua orang buka kilang kain baju, semua orang nak berniaga baju seluar. Jadi semua orang dok berebut-rebut raws materials yang ada, yang ada pula sikit, jadi... tu yang jadi short tuu ..." itu pandangan sahabat yang berniaga door to door, (dah berbelas tahun jual baju-baju yang branded, cakap saja nak apa brand? Mark & Spencer? Brooke Brothers? Rafl Lauren? Paul Smith?)

Dia kata yang harga baju seluar hanya akan stabil semula hanya pada sekitar pertengahan 2011.


dollah yankee -
umur 10 pada tahun 71, dah pun pakai Levi's dan Reebok, sebab penang adalah duti free..Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment