suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, November 09, 2010

Program wang ehsan RM100 untuk warga emas di Pulau Pinang sekali lagi telah di bawa ke dalam dewan undangan negeri Pulau Pinang yang sedang rancak bersidang dengan pemangku ketua pembangkang yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr.Hilmi Yahya berkata warga-warga emas yang menerima bantuan wang 100 ringgit itu was-was dengan sumber wang tersebut.

Tak sampai lima minit selepas itu, Dr.Hilmi juga berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sepatutnya menjadikan wang ehsan 100 ringgit itu sebagai bantuan bulanan tetap kepada siapa-siapa saja yang memerlukannya, tidak hanya kepada warga-warga emas.

Nampak macam Dr.Hilmi sudah sokong pula program wang ehsan 100 ringgit ini diteruskan lagi.
Gurkah-gurkah politik di'port' pula nak tanya Dr.Hilmi, "..kalau dibagi tetap secara bulanan kepada sesiapa yang memerlukanya, tak was-was pula???!!.."


dollah yankee -
KAH..KAH..KAH..gurkah-gurkah politik di'port' kata Dr.Hilmi dah GILA!



No comments:

Post a Comment