suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, November 25, 2010

Perjalanan terakhir Lim Chong Eu

Perjalanan terakhir Lim Chong Eu sepatutnya guna ini ...bukan dengan ambulan yang buruk ... Ada kaum keluarga Tun Lim Chong Eu yang sama-sama berada dihospital Pulau Pinang semalam bersetuju dengan seorang Security Guard yang sama-sama membantu memasukan Lim Chong Eu kedalam ambulan untuk dibawa pulang bahawa ini mungkin perjalanan terakhir Lim Chong Eu melalui jalan-jalan dalam bandaraya Georgetown menuju kerumahnya, jadi ambulan amatlah tidak sesuai dengan tarafnya sebagai Ketua Menteri yang telah menukarkan, memaju dan membangunkan Pulau Pinang sehingga mendapat gelaran 'Father of Modern Penang'.

Sepatutnya Lim Chong Eu semasa perjalanan terakhirnya dari hospital menuju ke Tanjung Bungah menggunakan Limousine yang eklusif beserta dengan pengiring.

Lim Chong Eu meninggal dunia pada jam 9 malam dirumahnya di-Tanjung Bungah, setengah jam sahaja selepas dia dibenarkan keluar dari hospital pada jam 8.30 malam untuk dibawa pulang.

Manakala gurkah-gurkah politik di'port' semasa berpeluang menjenguk Lim Chong Eu melalui tingkap kecil berkaca dipintu wad hospital itu tiga hari sebelum semalam kata, bila lihat Lim Chong Eu berbaring kaku dengan topeng oksigen menutupi mulut dan hidung, mereka jadi insaf, sedih dan hiba, bukan terhadap Lim Chong Eu tetapi terhadap diri mereka sendiri. Apakah perjalanan mereka juga akan berakhir sepertimana Lim Chong Eu? Kaku diatas katil selama satu bulan?

dollah yankee -
1970 dia dah mula rancang mahu bina jambatan pulau pinang...

No comments:

Post a Comment