suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, November 01, 2010

Pengundi-pengundi di Galas, tolong jangan jadi bangang ya??!!


Bemula dari 26 oktober lepas sehinggalah semalam, BN macam biasa dalam kempen-kempen mereka dengan janji-janji manisnya yang pembohong, untuk macam-macam benda kepada pengundi-pengundi di DUN Galas.

Manakala lebih kurang 100 kilometer dari Gua Musang pula, orang-orang kampong yang sokong BN pada PRK Manek Urai pada 14 julai 2009 dulu, sedang berlori-lori memaki hamun dan menyumpah BN dan pemimpin-pemimpin mereka dengan macam-macam punya bahasa.

Macam mana BN tak kena maki..., sebab masa kempen untuk PRK Manik Urai dulu, mereka telah menjanjikan sebuah jambatan kepada pengundi-pengundi Manek Urai, tidak peduli sama ada BN menang atau kalah. Maka bermula dari hari itu orang-orang Manik Urai pun mula menjadi penunggu, menunggu kemunculan lori-lori simen dan buruh-buruh dari Indon dan Bangla untuk membina jambatan itu tapi haram! apa habuk pun tarak!.

Tapi janji itu adalah janji 1 1/2 tahun dulu. Tiba-tiba 3 hari selepas ADUN Galas Che Hashim Sulaiman meninggal dunia pada 27 september 2010, orang-orang di Manek Urai banyak yang demam, sebab terkejut dengan kemunculan papan tanda projek JKR bagi memaklumkan pembinaan jambatan di Manik Urai seperti yang telah dijanjikan dulu.

"Memang kami duduk di kawasan ulu, hari ini punya paper pukul 4 petang baru kami boleh baca, surat pula kalau pos dari Kota Baru 6 hari baru sampai, tapi jangan ingat kami bangang, jangan ingat kami bodoh, jangan ingat kami "mi no spik inglish (TT), senang-senang nak bodohkan kami". Ikhlas ke kalau macam ni?? Ini semua sebab Galas. Bila kawan tu dah mati, baru mereka teringat dengan janji-janji nak buat titi masa di Manik Urai dulu, kalau tidak hampeh!!. Itu pun baru pacak notis bord saja, projek tak tau pula bila nak mula. Nampak macam kena tunggu lagi 5 kali raya kot baru nak buat!", Itu kata tokey sebuah kedai kopi kampung berdekatan dengan tapak projek jambatan itu, sambil mendapat tepuk sorak dari pelanggan-pelanggan yang sedang pekena pulut dengan ikan kering.

"Yang dok kalut nak buat jambatan tu pasal apa?. PRK di Galas bukan disini (manik urai), gila punya BN", kena maki lagi!.. kah..kah..kah.. "Yang best tu ialah Tok Pa pun sama naik, cuba nak bodohkan kami bila dia kata pembinaan jambatan ini tak ada kena mengena dengan PRK di Galas, apa punya turrr.."!.


dollah yankee -
Memang orang-orang di Galas bangang, kalau masih lagi nak pangkah BN!

1 comment:

  1. TERKINI SOKONGAN RAKYAT...
    PAS MENANG DI GALAS
    PKR MENANG DI BATU SAPI

    ReplyDelete