suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 28, 2010

Pengemudi Alaf 21

Tidak ada karpet merah, tidak ada bunga manggar, tidak ada muzik, tidak ada kompang, tidak ada pecak silat, tidak ada tarian naga juga tidak ada permainan salembam untuk menyambut tetamu-tetamu kedalam dewan semasa kongres PKR kelmarin. Yang ada hanyalah tepukan-tepukan yang bergemuruh dengan sorakan-sorakan semangat yang memberikan sokongan yang ikhlas dan tidak berbelah bagi dari rakyat kepada terhadap pemimpin-pemimpin PKR.

Apa yang pasti, ini yang rakyat mahu, semua dilayan sama rata, sama adil.

Kedatangan penasihat umum PKR pula cukup bersahaja, dengan hanya berbaju melayu yang dilepas keluar dan kain samping yang dipakai didalam dan dengan hanya berkasut capal, Anwar Ibrahim jelas kelihatan yang dia tidak mahu sebarang perhatian, dan begitu tepat bila kedatangan para tetamu di kongres itu disambut dengan banner dan kain rentang yang bewarna-warni dengan kata-kata 'Anwar Pengemudi Alaf 21'.

Tetamu-tetamu lain yang hadir pula, air muka mereka pun jelas nampak yang mereka hadir dengan ikhlas hati dan dengan hati yang terbuka mahu datang ke kongres ini, mendengar dengan kusyuk dan memberi reaksi kepada ucapan-ucapan dari peserta-peserta kongres.

Bila gurkah-gurkah politik di'port' melihat kepada keadaan ini, paham lah mereka kenapa BN/umno takut sangat dengan parti PKR ini kerana suasana kelmarin adalah sebenar-benarnya suasana dari satu-satunya parti yang merangkumi berbilang bangsa. Sebab itulah mutakhir ini PKR setiap saat telah diserang habis-habisan oleh BN kerana mereka tahu yang rancangan mahu menakluk Putra Jaya jika tidak disekat akan menjadi kenyataan.

Tak dapat disangkal lagi sejak dia disingkirkan dan sepertimana ucapan Presiden PKR, Anwar adalah satu ancaman besar kepada kedudukan dan 'survival BN'. Kalau orang lain dah lama terkambus, dah lama direjam dan dah lama juga mati.

Satu yang gurkah-gurkah politik di'port' perhatikan ialah Anwar tetap 'cool' dengan senyumannya dengan daya penarik dengan aura yang ada pada dia, dia tetap meneruskan perjuangan biarpun sedang di-asak dengan tekanan-tekanan termasuklah dengan perbicaraan mahkamah yang akan menamatkan karier politik dan cita-citanya kerana labat laun Najib juga akan mengikut jejak Mahathir ... pegang kepala, habislah ekor ...


dollah yankee -
Ke arah Malaysia Baru !

1 comment:

  1. CAYALAH KAMI SOKONG LU...
    PRESIDENT
    FRIENDS OF PAKATAN UNIVERSITI2 MALAYSIA...

    ReplyDelete