suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, November 30, 2010

Mahathir naik angin!!

Kah..Kah..Kah..hari ini gurkah-gurkah politik di'port' gelak sakan, sebab pergaduhan Najib dengan Mahathir nampak macam dah melarat, dari macam-macam benda yang dia tak suka, sampailah kepada rancangan Najib nak melingkupkan duit RM 5 billion nak bina menara warisan 100 tingkat. (walaupun Najib kata itu bukan duit kerajaan)

Mahathir sudah naik angin satu badan kelmarin sampai dia kata, nak buat menara warisan boleh, tapi kena tunggu dia 'not around', cuma dia tak kata kena tunggu sampai dia mati. Dari cara ayat dan 'tone' itu 100 peratus gurkah-gurkah kata yang Mahathir 'is damn serious and he mean it' bila dia kata yang dia tetap mahu lihat menara berkembar petronas yang dibinanya itu kekal sebagai menara yang tertinggi di Malaysia dan kekal sebagai ikon negara.

Mahathir juga dok kutuk Najib bila dia kata yang bila dia jalan-jalan dalam KL, dia nampak terlalu banyak iklan untuk 'for sale' dan ' for rent' dibanggunan-banggunan yang banyak yang ada dalam KL, sudah terlalu banyak banggunan tapi masih nak buat lagi??!! (Aku kalau jadi Mahathir aku akan kata..saya rasa ini Najib sudah hilang akal!)

Sebentar tadi Najib membalas serangan Mahathir dengan berkata yang pembinaan menara warisan 100 tingkat yang berharga RM 5 billion itu akan tetap diteruskan...
(Kah..Kah..Kah.. gurkah-gurkah akan gelak lagi kuat esok pagi ...!!)

Oleh itu gurkah-gurkah cadangkan agar Mahathir buat satu poll kempen bantah bina menara warisan ini di blog beliau sebab blog orang lain yang buat poll kempen bantah ini agak slow dan gurkah-gurkah ini mahu Mahathir mengetuai kempen membantah pembinaan menara warisan ini ...

KUALA LUMPUR 30 Okt - Cadangan Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2011 mendapat tekanan hebat apabila laman sosial facebook yang menentang pembinaan Menara Warisan 100 tingkat sudah melebihi 200,000 orang, setakat hari ini.

Setakat pukul 12 tengahari, seramai 203,922 orang telah memberikan sokongan kepada kempen tersebut

dollah yankee -
Yakin dan berani potong jari, kalau Mahathir 'inisiate' kempen ini dalam blog dia, sokongan boleh mencecah berjuta-juta orang ...




No comments:

Post a Comment