suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, November 13, 2010

Lim Guan Eng: Anda bagus!!!

Lim Guan Eng dah dapat agak benda-benda yang akan datang dan telah bersedia untuk menghadapi apa-apa juga yang datang dengan tindakannya mengharamkan penggunaan beg-beg plastik di Pulau Pinang bermula Januari 1 hb akan datang nanti.

Keputusan tidak popular yang di lakukan Guan Eng ini, gurkah-gurkah politik di'port' tabik springggg!!. Bukan senang tau ka?? nak buat keputusan yang macam ni.

Yang maki hamun dia mula-mula sekali ialah towkey-towkey kilang yang buat beg pelastik ni. Kebetulan pula pagi kelmarin gurkah-gurkah politik di'port' berkesempatan sembang dengan seorang Production Manager satu kilang beg pelastik (dia ni umur dah dekat 60, tapi masih kerja sebab dia ni pun pokai punya kaki, kaki kuda beb! tiap-tiap minggu boleh jumpa di race course), dia kata masa Guan Eng mula-mula tak bagi pakai beg plastik ni sekali dalam seminggu, production tempat dia tak rasa sangat impak atau kesan. Bila Guan Eng sudah tambah jadi 3 hari start Januari tahun ini, production kilang tempat dia kerja dah mula slow. Overtime dan elaun untuk pekerja-pekerja sudah mula kurang, production dari 6 juta beg satu bulan sudah tinggal 3 juta beg pengeluaran. Keuntungan kilang pula dari RM 150 ribu sudah jatuh sampai tinggal RM 80 ribu satu bulan, dan kalau Guan Eng tidak 'flip-flop' dalam keputusannya mengharamkan penggunaan beg-beg plastik itu, untung kilang akan terus jatuh diantara RM 10 ribu hingga ke RM 20 ribu satu bulan.

Orang lain yang menyumpah Guan Eng sampai setengah mati pula ialah kontraktor-kontraktor pekerja-pekerja dan buruh warga asing yang membekalkan buruh-buruh asing ini. Ini disebabkan dengan tindakan yang Guan Eng lakukan itu akan menyebabkan mereka terpaksa menarik balik buruh-buruh asing ini yang dibekalkan kepada kebanyakan kilang-kilang beg plastik yang ada yang dianggarkan dalam lingkungan 1,600 orang.

Kita semua tentu paham dengan sikap-sikap towkey-towkey cina, kalau berniaga untung sikit-sikit mereka tidak akan mahu.

Gurkah-gurkah politik di'port' dipahamkan yang towkey-towkey cina ni dan sekutu-sekutu mereka sedang berusaha untuk berjumpa dengan Guan Eng untuk berbincang tentang perkara pengharaman beg plastik ini.

Yang sokong penuh kempen 'No Plastic Bag in Penang' ini hanyalah orang-orang putih warga asing yang tinggal disini. Orang Malaysia/Penang?? hampehh!!

dollah yankee -
P.A Guan Eng cerita, ada seorang pompuan talipon Guan Eng dan sudah tanya dia, sebelum ini, MODES dia yang nak dibuang dibalut dalam beg plastik, nanti bila beg pastik dah tak ada, nak balut dengan apa? Guan Eng jawab, balut dengan kertas surat khabar.

1 comment:

  1. Usahawan yang bijak akan mampu bersifat dinamik terhadap perubahan yang berlaku.

    ReplyDelete