suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 07, 2010

Keadaan darurat macam ni pun,nak salahkan Azizan



Bila aku lihat dalam TV dan dengar cerita tentang bencana alam banjir besar, yang dialami di negeri-negeri diutara, aku jadi sedih. Sedih sebab aku sendiri semasa zaman hidup susah dua tiga puluh tahun dulu masa aku kecik-kecik, aku dah pun melalui suasana banjir besar ini yang selalu terjadi dikawasan kami tinggal. Jadi aku cukup tahu perasaan mangsa banjir ini.

Tidak ada amaran yang berupa siren dari polis atau bunyi 'honk' dari kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan, sepertimana memberitahu ketika masuk waktu berbuka puasa atau pun ketika menjelang detik 12 tengah malam semasa sambutan tahun baru, untuk memberitahu yang banjir besar akan berlaku bila-bila masa. 'Signal' yang banjir besar akan terjadi yang kami dah paham dan cukup arif ialah bila kambing-kambing dalam kandang milik jiran kami akan mengembek tak berhenti-henti, lalu bergegas lah kami selalunya ditengah-tengah malam jam 1 atau 2 pagi, akan berusaha memindahkan barangan yang patut di tempat tinggi dengan seberapa segera kerana banjir akan datang. Bila hujan sudah 'start' turun, ia tak akan mengambil masa yang lama untuk air naik sehingga ke paras dada.

Aku bukan lah mahu memperkecilkan, memperlekehkan atau pun mahu kondem usaha-usaha keras yang telah dilakukan pihak-pihak yang bertanggung jawab dalam usaha mereka menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir di Kedah dan Perlis yang terjadi, kerana menyelamatkan nyawa rakyat adalah yang paling utama. Aku juga bukan lah mahu baling 'telur kemuruk' pada muka siapa-siapa, tetapi pihak-pihak berkuasa tempatan yang ada,yang dah berpuluh tahun asyik cakap..cakap..dan cakap saja tak berhenti-henti supaya menjadi lebih pro-aktif, tapi haram apa habuk pun tarak.

Dari apa maklumat yang didapati dari adik beradik dan saudara jauh yang jadi mangsa disana, aku benar-benar kecewa dengan pihak berkuasa tempatan tentang perkara banjir ini.

Bila saja banjir melanda, tindakan dan langkah-langkah yang selalu diambil adalah memindah mangsa-mangsa ke pusat-pusat pemindahan. Bila air dah surut, mereka pulang kerumah masing-masing, basuh dan cuci seluruh rumah, cuci segala selut-selut, sampah sarap. Kehidupan kemudian di teruskan.

Setahun dua selepas itu, banjir atau 'air bah' datang lagi. Pusingan yang sama yang diatas berlaku lagi. Ini bukan lah kejadian banjir yang pertama atau yang kedua atau yang ketiga yang berlaku kepada mangsa-mangsa ini.

Nampak gaya dan cara, pihak-pihak berkuasa tempatan tak 'ambil pot' nak ambil ikhtibar dan belajar dari kejadian-kejadian banjir yang telah berlaku sebelum sebelum ini untuk jadi lebih pro-aktif dalam usaha dan tindakan mereka untuk memperbaiki atau mengelokkan lagi fasiliti-fasiliti yang boleh menghindarkan kemusnahan dan kerugian akibat daripada banjir ini.

Mangsa-mangsa banjir ini hampir semuanya sudah bertahun-tahun tinggal di kawasan sistem perparitan yang 'sub-standard', tetapi banjir kali ini cukup teruk sehinggakan airport Alor Star terpaksa ditutup dan hubungan di semua kawasan terlibat terputus.

Banjir kali ini juga perlu dijadikan sebagai perkara utama supaya sistem perparitan di Kedah mesti diperbaiki dan dielokkan.

Pak Haji Uztaz Azizan kita elok pikir benda ini sebab rumah dia pun kena, dan dia kena 'randok' air bah tu.


dollah yankee -
Ada proposal baju hujan (Rain Coat) sekali pakai atau single use dengan harga hanya 50 sen. Ada dijual dimana-mana, senang dapat, senang nak beli, macam nak beli cokelat hacks.

No comments:

Post a Comment