suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, November 27, 2010

Kaki Kuda!


Gurkah politik di'port' dengan kuda yang bernama BALOQ. Kuda ini pernah berlumba dibanyak kejohanan, tapi tak pernah menang. Dah 'kondem' atau 'patah kaki', kini BALOQ hanya menjadi kuda pertunjukan di 'funfare'...sekali naik, buat satu pusingan RM5 ...

Gurkah-gurkah politik di'port' kata RAJA segala sukan adalah sukan lumba kuda. Macam mana gurkah-gurkah politik di'port', begitulah juga dengan mendiang Lim Chong Eu. Yang menaikan keghairahan mereka ialah bila mereka dapat tengok kuda sedang berlumba.

Tetapi gurkah-gurkah ini tak lah sehebat macam Lim Chong Eu yang setelah kecewa dengan kekalahannya ditangan Lim Kit Siang untuk kerusi Tanjung pada PRU tahun 1990, dia telah lupakan terus politik, dia banyak menghabiskan masa-masa dan hari-harinya dengan kuda. Lim Chong Eu juga pernah memiliki berpuluh-puluh ekor kuda-kuda lumba yang mana kuda-kudanya itu pernah beberapa kali memenangi kejohanan-kejohanan besar yang menawarkan pertaruhan yang besar.

Yang tak dapat gurkah-gurkah ini lupa ialah bila kuda lumba milik Lim Chong Eu yang bernama STORM telah berjaya memenangi kejohanan besar 'Raffles and Silver Cups' di Bukit Timah Race Course,Singapura kalau tak silap pada tahun 1993.

dollah yankee -

Tak boleh tahan beb kalau sudah gila lumba kuda!

1 comment:

  1. Bro,

    Lumba Kuda halal...

    Duit Lumba Kuda haram...

    Tuan Kuda Lumba pula..???

    ReplyDelete