suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 21, 2010

His Excellency Tun Samy Vellu?? Woww !!!

silap gambar daaa...ini anak,bukan si bapak...
SAMY VELLU... akan jadi hindu yang kedua selepas V.Sambanthan, akan dianugerahkan dengan pingat kebesaran yang membawa gelaran Tun tahun depan. Tapi dengan dua syarat iaitu dia perlu buat satu kejutan pada Konvensyen BN nanti sepertimana yang telah diwar-warkan oleh Tengku Nan empat lima hari yang lepas.

Kejutan yang dimaksudkan sepertimana yang diberitahu kepada gurkah-gurkah politik di'port' ialah, Samy mesti mengumumkan pengundurannya dari MIC sebagai presiden dan menyerahkan jawatan itu kepada Palanivel pada 1hb Januari 2011 seperti yang telah dirancang awal dulu.

Syarat yang kedua yang membolehkan Samy keluar dengan hati yang girang ialah, Samy tetap akan mendapat status sebagai menteri macam Jamaludin Jarjis 'siraba-raba' ialah, Samy akan dilantik sebagai wakil khas kerajaan Malaysia (lebih kurang macam duta lahh..) untuk infrastruktur (gurkah-gurkah politik di'port' kata ini bukan wakil khas tetapi lebih macam sales manager). Kalau ikut maklumat yang diterima, jawatan wakil khas itu akan berkuatkuasa pada 1hb Disember nanti, pun dengan syarat juga iaitu dia kena bagi surat resign yang 'post dated' sebagai Presiden MIC.

Juga dikatakan yang tugas pertama Samy sebagai wakil khas kerajaan Malaysia ialah dia akan dihantar ke India,Bangladesh,Pakistan untuk mendapatkan beberapa projek infrastruktur bagi pihak kerajaan Malaysia disamping untuk mengukuhkan lagi hubungan baik antara negara.

Macam biasa bila gurkah-gurkah politik di'port' dapat berita yang macam ini mereka akan membuat beberapa phone call untuk mengesahkannya ... dan tahu apa jawapan yang gurkah-gurkah ini dapat??
"...Kalau Samy tarak gila, lu orang yang gila!!!, apa?? lu orang ingat ini Samy bodoh ka?? No laa brother, Samy won't be leaving that early, do you think that Samy like any other umno malay leader who always chase for the Datukship title kaa?, ini Samy pencuri besar tau ka?Dia orang (yang tawarkan perjanjian ini) pun lagi besar punya pencuri. It take a thief to know a thief lah kawan!".


dollah yankee -
Ayo-Yo Samy... sudah lama tarak dengar Samy Vellu Tol,Tol,Tol ... juga dah tengok dan dengar dengan mata,kepala,telinga sendiri rundingan yang sama yang macam ni," you jgn bertanding, i promise you will be walking tall!"

No comments:

Post a Comment