suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, November 12, 2010

Giliran Zahid Hamadi pula jolok 'pungkok' hindu dengan cina!

Selepas sunyi sedikit isu perkauman yang dimainkan sebelum-sebelum ini, kini 'pungkok' hindu dengan cina dijolok lagi bila isu ini ditimbulkan lagi. Kali ini oleh Zahid Hamidi apabila dia mengeluarkan kenyataan kata yang bukan melayu tidak ada dan kurang semangat patriotik, sebab itu terlalu kurang bukan melayu menyertai ATM (Bukan Automated Teller Machine tapi Angkatan Tentera Malaysia).

Bukan saja gurkah-gurkah politik di'port' tetapi ramai juga menteri-menteri bukan melayu dan rakyat-rakyat bukan melayu dibawah pun turut sama kecewa dengan kenyataan Zahid Hamidi itu, mana boleh kita kata orang itu tidak ada semangat patriotik atau kita label orang ini tidak patriotik bila dia tidak menyertai Angkatan Tentera Malaysia!.

Kenyataan Zahid Hamidi itu juga telah menyebabkan Najib tidak berapa suka dan telah arahkan Mahyudin Yasin handle kes ini , dan Mahyudin pula kata yang ini Zahid Hamidi sudah lebey! dan dia perlu jelaskan kenapa dia cuba jolok pungkok hindu dengan cina ini dengan kenyataan yang sedemikian.

Kalau cina dengan hindu tak join ATM, tak semestinya bermaksud mereka tak patriotik atau kurang patriotik. Mungkin banyak faktor yang menyebabkan cina-cina dengan hindu-hindu ini tidak mahu join ATM, mungkin sebab disiplin dalam ATM itu sendiri terlalu kuat atau tegar, mungkin juga gaji yang diberi ciput sangat, mungkin mak dan bapak anak-anak hindu dan cina ini tak mahu anak mereka mati dalam perang atau mungkin juga tak ada masa depan sebab kalau join ATM dengan pangkat prebet, tak mungkin dalam masa 10 atau 15 tahun boleh jadi Leftenan Kolonel atau Major General atau mungkin banyak lagi faktor-faktor lain yang hanya anak-anak cina dengan hindu saja yang tau sebab apa mereka tidak berminat menyertai ATM.

Kalau betul lah ATM benar-benar ambil berat tentang masalah cina dan hindu yang tak ada dalam ATM kita ni, mereka kena buat kajian yang terperinci tentang masalah ini, korek sampai ke lubang cacing kenapa anak-anak cina dengan hindu ini elak diri untuk join ATM, atau ATM sendiri mungkin kena memperbaiki dan memperelokkan lagi sistem pengambilan anggota-anggotanya dalam ATM. MINDEF sendiri mungkin kena minta tolong atau cuba kerjasama dengan NGO-NGO yang ada, yang boleh diharap untuk membantu ATM merekrut anak-anak hindu dan anak-anak cina ini bagi pihak ATM.

Secara peribadi gurkah-gurkah politik di'port' pun suka tengok kalau ada ramai cina dengan hindu dalam ATM kita.


dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' pula akan iktiraf sifat patriotik seseorang itu bila mereka MENYOKONG PAKATAN RAKYAT ! Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment