suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, October 06, 2010

Talent Corporation, bukan idea nak tipu melayu noe..??

"We are going to get them, instead of they coming to us!".Talent Corporation pulak dahh.. tak apa lahh.. apa-apa ejelahh.. janji JANGAN macam yang selalu Tukar Tiub kata, ini idea nak tipu melayu dan ini idea nak curi duit rakyat.

Memandangkan ia akan hanya memulakan operasi search & rescue-nya untuk membawa pulang para profesional di luar negara supaya balik kampung (jangan balik kampung tanam jagung sudah lahh) pada januari 2011, apa kata dalam masa yang dekat ini Talent Corporation cuba cari Citizen Nades yang sebelum ini pernah bagi input-input yang first class, yang tip-top, yang chip-chop bagaimana Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mampu untuk memperolehi sebanyak RM 8 million hasil kutipan daripada 'billboards', yang mana MBPJ hanya memperolehi kutipan sebanyak RM 300 ribu sahaja sebelum ini.

Memandangkan Citizen Nades dengan PEMPENA, sebuah syarikat yang ada hubungan dengan Kementerian Pelancongan macam magnet positif-negatif, dan PEMPENA yang membuat pelaburan dalam Awana London Resaurant di-London, yang telah mengalami kerugian yang berjuta-juta ringgit duit rakyat dan duit negara, APA KATA? LETAK DIA sebagai salah seorang pengarah Malaysia dalam board?? Dia pun gurkah-gurkah politik di'port' kata seorang profesional juga! Mana tau idea-idea dan pengalaman-pengalaman dia mampu untuk tampung lubang-lubang yang bocor?! Mampu untuk menyelamatkan pelaburan kerajaan??!

Gurkah-gurkah politik di'port' kata Talent Corporation kena laa cuba idea ini, tak semestinya kalau Talent Corporation di bawah Jabatan Perdana Menteri, dia tak boleh campur urusan-urusan dalam Kementerian Pelancungan.


dollah yankee-
Sebelum ini pun rasa-rasanya Dollah Badawi pun ada juga rancang benda ni bila jamu orang malaysia diluar negeri makan masa dia ke-sana. Ini najib pula, pergi luar negeri buat jamuan aidil fitri untuk orang malaysia, cakap benda yang sama. Nak kondem PR tak boleh, sebab semua orang malaysia yang duduk disana, semua pro Anwar Ibrahim.

1 comment:

  1. Baiki sistem gaji profesional di perkhidmatan awam (seperti doktor, saintis, penyelidik, pensyarah, akauntan, jurutera, peguam etc etc) terlebih dahulu la.

    Jangan sampai kera di luar rumah disusukan, anak di rumah hidup kelaparan.

    ReplyDelete