suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, October 31, 2010

PRK Galas: Dua-dua calun pun jenis yang pemalu

GALAS, satu kawasan yang boleh dikatakan pendalaman didalam negeri Kelantan. Kita semua tahu yang orang melayu Kelantan kebanyakannya ada sifat seorang pemalu, tambah-tambah yang datang dari kawasan-kawasan yang sewaktu dengan nya macam Galas ni.

Ada sekumpulan gurkah-gurkah politik di'port' yang telah berpeluang menghabiskan cuti mereka selama 3 hari 2 malam di Galas, untuk sama-sama menyibukan diri mereka menyertai keseronokan acara dan pesta PRK di Galas, telah kembali dengan macam-macam cerita yang menarik, antaranya ialah mereka kata yang dua-dua calon pada PRK kali ini jenis yang pemalu.

Seorang jenis yang 'malu-malu kucing' dan 'malu tapi mau' manakala seorang lagi pulak memang jenis yang semula jadinya bersifat pemalu, pemalu seorang pemimpin yang ikhlas hati yang mahu memimpin rakyat.

Ab Aziz Yusuf atau 'Aziz Limau' pada sesi sidang akhbar yang pertama kali selepas diumumkan sebagai calun dari BN telah terkejut atau terkena 'culture shock' kerana telah ditengelami dengan limpahan lampu-lampu kamera pemberita-pemberita akhbar dan camecorder-camecorder dari wartawan-wartawan stesyen-stesyen TV, telah jadi 'lidah kelu tak terkata', mulut kadang-kadang ternga-nga dan mata 'klik-pok, klik-pok' sebab berhadapan dengan soalan-soalan yang bertalu-talu serta soalan dalam soalan yang datang dari pemberita-pemberita yang membuat liputan PRK ini.

Mungkin sebab terlalu banyak bercakap, terlalu banyak berjalan jadi jadual makan tak tentu hala dan entah kemana, menyebabkan masa gurkah-gurkah politik di'port' ini jumpa dengan Aziz Limau ni, dia sedang makan macam orang gelojoh, makan macam orang yang tak makan 5 hari, mulut penuh dengan bihun goreng manakala satu tangan sedang pegang satey. (Tengok pada cara dia makan, sah gurkah-gurkah politik di'port' ini kata Aziz Limau ni nampak macam tak makan apa-apa dari pagi)

Gurkah-gurkah politik di'port' jumpa Aziz Limau lepas masa dia berjumpa dengan sekumpulan kecil pengundi-pengundi india di Sungai Terah, ada la kot dalam 14 orang yang layak mengundi pada PRK itu nanti, pada satu perjumpaan di Pekan Lama.

"Kawe malu deh, kawe dok beso mace ni semuo" (aku malu betul, aku tak biasa macam ni semua, dengan wartawan dan pemberita yang sentiasa menjegil mata mereka melihat aku semasa bertanyakan dengan soalan-soalan, yang ditanya tak berhenti-henti pulak tu, kadang-kadang ditanya soalan-soalan yang susah tak boleh aku jawab, dan kena jawab 'on the spot' pulak tu..) kata Aziz masa jumpa gurkah-gurkah ini.(Gurkah-gurkah ini pun bukan kenal dengan Aziz Limau, tapi telah di-sapa dengan ramah)

Akibat sifat malu Aziz Limau ini, dalam perjumpaan dengan kumpulan masyarakat india dari MIC itu, dia telah menolak permintaan untuk menyampaikan beberapa hamper kepada india-india ini dan dia pula telah suruh ketua MIC dikawasan itu yang sama-sama ikut dia untuk sampaikan hamper-hamper itu.

Akibat sifat malu juga menyebabkan Aziz Limau telah menyorokan anak bini dia semasa kempen ini, sampai hari ini tak pernah tengok anak bini dan ahli keluarga dia.

Manakala calun dari PAS pulak iaitu Dr.Zulkefli Mohd, pun jenis yang pemalu juga. Tetapi malu Dr.Zul adalah jenis malu orang-orang yang beriman. Malu yang ada 'law' kata gurkah-gurkah politik di'port'.

Kalau tanya satu, satulah jawapan dari Dr.Zul ini. Cakap pun cukup perlahan, sampaikan gurkah-gurkah politik di-Galas sana telah menggelarkan calun ini sebagai 'Dr.Bisik-bisik', dan pada sidang akhbar pertama selepas diumumkan sebagai calun PAS wartawan terpaksa memasang telinga betul-betul untuk mendengar jawapan. Banyak kali sidang akhbar ini jadi sunyi (long pauses)sebab wartawan dan pemberita ini ingatkan Dr.Zul sedang memikirkan jawapan-jawapan yang hendak dijawab, rupa-rupanya dia diam sebab dia pulak sedang tunggu soalan-soalan lain dari wartawan.


dollah yankee -
Percaya yang hanya orang yang tak tau malu saja yang layak untuk berpolitik

No comments:

Post a Comment